
Alhamdulillah… baru je dapat info dari kawan yang berada di Shah Alam, katanya dia telah dipilih oleh TM sebagai beta tester bagi projek terbaru TM iaitu TM HSBB. Dengar penerangan dari wakil TM tu, speed dia akan diberikan dalam bentuk pelbagai pakej starting berkelajuan 10mbps, 20mbps, 50mbps, dan 100mbps.
Member sekarang ni, dapat jadi tester untuk 100mbps.Katanya memang solid 100Mbps. Download movie internet saiz 700mb, dalam masa 10 second je!
memang teruja dengarnya.
Nampak tak gambar di atas tu? tu lah kotak HSBB yang TM pasang di sekitar kawasan Shah Alam, sebab kawasan ini akan jadi kawasan pertama yang kan mencuba produk ni! (bila la nak sampai Seremban ek?)
Nanti saya akan ‘paste’ kan bukti speed kelajuan internet member tu
memang seronok la mcm ni. Baru ingat nk ‘potong’ tapi tak jadilah.. hehhe.
p/s: apa pendapat korang mengenai produk TM yang bakal dilancar ni? Komen2..



8 Responses