KUALA LUMPUR 24 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38.
Alhamdulillah.. itu je ungkapan yang mampu di ucapkan selepas PM Malaysia, mengumumkan bahawa harga pakej Student Streamyx CoolUniPack diturunkan harga kepada RM38.
Marilah semua student IPT memohon sementara quota 100 ribu netbook ini masih ada
(kalau dah takde baru nak mencari,tanya saya.. makan pelempang la ye) hehhee.. gurau je tu. Memang berbaloi la, saya sendiri dah dapat netbook. Seronok bila dengar kawan-kawan lain pon mula dapat netbook. dah la pakej murah, netbook lagi dapat free
Boleh baca quatation di atas, petikan dari Utusan Malaysia. Tahniah kepada Perdana Menteri kita! Sebab apa tahniah? bukan sebab lain, sebab perdana menteri sendiri dah mula nampak kepentingan internet kepada rakyat jelata. Mencari pendapatan melalui internet tak lama lagi akan menjadi satu fenomena besar buat negara kita!
Tak mau lah cakap banyak, nak tahu lebih lanjut sila kunjungi cawangan TM berdekatan dan isi borang. Ingat, pelajar IPT je bang !
p/s: pelajar IPT yang tak mau, mai aku guna nama korang.. :p



No Responses