Assalamualaikum an salam sejahtera :)

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai mengisi borang permohonan pakej streamyx Coolunipack :) pakej yang berbaloi-baloi kepada student IPT. Dapat internet +netbook +harga murah !! 3 in 1.

Saya telah mula mempromosi di kawasan sekitar kampus saya, tetapi sambutan tetap sedikit (biasalah, nak tengok orang dulu..) kalau dah habis, jangan menyesal ye ! sebab pakej ni akan ditutup setelah kuota 100k penuh! Dan menurut ajen TM, kuota ini akan penuh selepas raya cina.

Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
  • Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
  • Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.

Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:

  • Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
  • Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
  • Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
  • Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
  • Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
  • 50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
  • Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
  • Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
  • Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara

Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:

  • Salinan kad pengenalan Malaysia
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej mereka

p/s : Di harap artikel ini akan membantu anda mendapatkan pilihan yang bijak! Sila daftar cepat biarkan yang teragak-agak tu terus tak merasa.. (jahatnya aku).
p/s/s: apa pendapat anda mengenai pakej ini ? sila berikan komen ya. :)

Related Posts with Thumbnails