
“Minggu yang agak sibuk dengan tempahan dari masyarakat yang mahu beralih arah ke dunia IM, saya uruskan meraka. Rezeki pada kali ini- Alhamdulillah”
Alhamdulillah, rezeki masuk mencurah-mencurah bagi bulan ini. Pada bulan ini, saya mendapat 1 projek yang agak besar juga untuk disiapkan.
walaupun kepenatan, siang-malam saya tak tidur menyiapkan projek yang diberi walaupun terpaksa diubah 2-3 kali tapi rezeki Tuhan yang tentukan, saya terima
Walaupun agak penat menyiapkan, apakan daya, mana ada kerja halal di dunia ini yang mudah, kerja angkat sampah pun susah. Tak ada yang senang di dunia ini jika kita mahu mencapainya!
1 projek daripada Kak Nor iaitu laman web susu alpha lipid. dan beberapa projek untuk saudara Zamri Mohamad. siapa yang tak kenal dengan Zamri Mohamad , beliau merupakan penulis buku – Best Seller! Sempatlah saya berkenalan dengan beliau, masa tu beliau menjadi pelanggan saya untuk produk JomSMS.net , (mudah katanya promosi guna sms ni.. senang, siap ada sender ID lagi)
Ada satu berita yang sedap didengar jugak
Saudara Zamri kata “jemput lah hadir ke Seminar Pemasaran Internet, nama kamu tersenarai untuk slot Permasaran Internet Untuk Bisnes Kecil iaitu produk JomSMS.net “
Memang best bila dengar jemputan macam ni, tapi apakan daya IM part time macam saya ni, masih lagi ada keutamaan yang lebih utama iaitu study. 24 April jemputan ke majlis tu terpaksa ditolak atas sebab saya menghadiri kelas. Memang nak sangat menghadiri, tapi tak pelah. Saya mungkin akan hadiri bengkel penulisan buku ilmiah dengan Bro Zamri hujung tahun ni, kalau tak silap.
p/s: jangan salah masa jika kamu sibuk kerana masa bagi setiap manusia sama saja, iaitu 24 jam sehari.



14 Responses