Salam sejahtera, apa khabar korang semua? Pagi-pagi ni aku bangun cepat, sebab nak kena ke Editorial Majalah Sinarama. :) Macam biasa rutin dijalankan dengan membaca paper online.. Dan dapat satu info baru iaitu, telah wujud 1 lagi pesaing baru Facebook iaitu MillatFacebook,.

Baik, mari aku cerita serba sedikit pasal ni. :) MillatFacebook telah dibangunkan oleh sekumpulan warga Pakistan ekoran peristiwa bantahan satu laman web yang menghina nabi Muhamad saw. Pada awalnya ditujukan khas buat rakyat Pakistan, kini telah membuka untuk negara-negara lain yang muslim.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

Hohoho! Garang siot! tapi baguslah, nampak sikit yang dunia Muslim pon ada pencipta-pencipta yang hebat2. :) Mereka yang gerak secara underground saja!

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Ciri yang ni lebih kurang sama je aku tengok dengan Facebook, harap-harap adelah game macam Barn Buddy ke, hehehe. :) Ada gak member aku tanya tadi, apa tu millat? Ni aku cerita sikit.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Itu saje lah info terbaru yang aku dapat pagi tadi, bila ada persaingan, baru nampak menarik! It’s a game. :) papepon, tahniah buat pencipta ni. Tapi tetap nak application game macam farmville,barn buddy, dan happy pets. :)

Related Posts with Thumbnails