meetunclehussain

TAHNIAH!! PERSEMBAHAN ANDA MEMANG HEBAT! Ini yang keluar dari mulut dan pemikiran kami warga IndieMuzik.com

Saya selaku Presiden laman rasmi IndieMuzik.com mengucapkan sekalung tahniah kerana berjaya memartabatkan muzik indie di serata Malaysia khasnya.. Semoga kejayaan anda akan diteruskan dan dijejaki oleh band-band indie yang lain sebagai pencetus muzik baru Malaysia.

Apa yang saya ingin katakan dalam entri ini, dalam dunia modem kini, arus perubahan dunia telah membawa 1001 macam ragam yang kita tidak boleh jangka. Satu ketika dahulu, band-band indie dicemuh kerana perwatakan dan muzik yang dibawa, tetapi sekarang mereka mengambil alih muzik Malaysia. Terbukti, ramai artis otai yang sanggup berduet dengan mereka..

Saya juga ingin katakan, dalam dunia sekarang ini, Internet juga telah diterima dengan baik. Jika dahulu, internet ini hanyalah mainan orang berada atau bandar. Tetapi sekarang, internet merupakan satu kewajipan. Seperti evolusi telefon bimbit sekarang, sehingga budak berumur 5 tahun pun memiliki telefon bimbit! :)

Jadi, sebagai manusia, kita hendaklah sanggup menerima perubahan yang dibawa oleh arus pemodenan. Perubahan ini secara tidak langsung akan menaiktaraf budaya hidup manusia dengan tidak melupakan adat-adat dan batas-batas agama..

Sekian untuk entri kali ini. Tahniah sekali lagi kepada band Meet Uncle Hussain kerana merangkul Anugerah Juara Lagu kali ke-23.

p/s: saya akan meletakkan sedutan video bagi yang terlepas untuk menontonnya dia TV3 semalam ye.. ;)

Related Posts with Thumbnails

Tags: