Asalam.. selamat sejahtera, baru-baru ini, saya di tanya “Hilmi, baguskah kalau aku bertukar perkhidmatan dgn syarikat itu? Agak-agak siapa yang untung? aku takut, aku yang rugi” hah!! Inilah masalah orang kita, saya katakan padanya, belum cuba belum tahu.. bukan semua orang nak menjatuhkan kita.
Jatuh bagunnya kita, berdasarkan diri kita sendiri. kita perlu sedar, strategi Joint Venture adalah YANG PALING BAIK dalam perniagaan, apa guna ada produk berkualiti, tapi tiada yang berminat?? ada yang kata, kalau joint venture, nanti untung bagi dua, kita rugi.. Siapa kata!!! Bila kita joint venture, secara tidak langsung, kita juga akan turut berjaya, maybe cara promosi dan hasil jualan syarikat kita tidak seberapa baik, tapi jika joint venture, kita ada back-up. Masih ada rakan kita yang berjaya menjualkan.
Fikirkanlah…
Suka saya memetik pendapat Dr. Irfan Khairi………
Dalam perniagan, bukan semua skill kita ada dalam diri kita sendiri. Jarang sekali kita dapat melakukan semuanya seorang diri.
Selalunya, memang kita akan rasa puas sekiranya kalau kita lakukan sendiri. Bila kena dengan masa dan keadaan, rakan niaga dapat memajukan sesuatu perniagaan melalui joint venture.
Dalam memilih rakan joint venture, ada banyak kriteria-kriterianya. Ini adalah kerana, silap pilih, perniagaan pun boleh jadi tak tentu arah.
Satu kriteria yang sering dilupakan adalah- pilih rakan niaga yang mempunyai skill yang jauh berbeza dengan diri anda sendiri.
Sering kali, secara tidak sedar dalam sesuatu joint venture, sesuatu perniagaan menghampiri “partner†JV yang mempunyai skill set yang hampir serupa. Keadaan ini walaupun tiada salahnya, tetapi, ia kurang optima oleh kerana dua skill akan overlap.
Sebaiknya, dapatkan rakan JV yang mempunyai skill set yang berbeza.



No Responses