Boleh kata hampir 90% blogger di Malaysia ni mempunyai broadband (terpulang pada korang kalau nak sebut berukband, brokeband) dan boleh dikatakan kalau dah jadi pengguna tegar tu, belum sampai hujung bulan je, telco masing-masing dah bagi warning dah cecah limit yang diorang had kan. Lagi lah macam aku ni ha, siap share broadband jadikan wifi kat rumah.

Masalahnya, bila dia warning terus connection jadi lembap! (ada masa aku loading facebook sambil sempat habiskan sebatang aiskrim untuk lihat notification) .Memang slow kadang-kadang. Ini yang menyebabkan kadang-kadang usaha aku nak update blog pon terbantut. Tapi tu dulu la, sejak aku jumpa cara ‘ping of death’ ni, mudah keje den.

Oh ya, sebelum tu, kredit beberapa gambar diberikan kepada pemilik asal sebab aku cilok sikit gambar yang ada di blog Budak Botak, sebab dia dah print screen gambar. (malas aku nak buat, tak sempat)

Ok, mari aku tunjukkan macam mana cara nak setup ni. kalau terkurang gambar ke, step ke nanti maklumkan pada aku kt ruangan komen ye. :)

Ok, atas ni ialah control panel broadband  aku ye. (aku pakai pakej daily , sehari RM2. jadi limit ialah sehari 100mb)

Di bawah ini, aku akan ajar korang semua macam mana nak beri telco-telco kita supaya tidak dapat detect penggunaan broadband kita.

1) Pastikan anda telah connect dengan internet terlebih dahulu. Tekan ‘start’ dan cari ‘run’. Selepas itu, dalam aplikasi run tadi, tulis ‘cmd’. Tekan OK.

2) Akan keluar ‘command prompt’ macam rajah di bawah ni. Kemudian masukkan ‘ipconfig/all’ dan tekan enter.

3) Bila dah enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mana betol.

4) Ok sekarang tekan “ping [address korang] -t” Contoh ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam kat baawh. Kalo tak keluar macam kat bawah maksudnya tak berjaya la tu…

5) Biarkan benda ni berjalan selama mana korang online broadband, kalau dah tak nak pakai, tekan ‘close’ saja.

Proses ini dinamakan “Ping of Death” , di mana akan membuatkan kita sentiasa ada connection dengan server dan akan mempercepatkan korang menghantar dan terima packet-packet data.

ps: maaf ye, aku bukan hacker, aku cuma belajar benda ni dulu mase belajar di ILP (Institut Latihan Perindustrian).

pss: Gunakanlah untuk kebaikan. Peace !

Related Posts with Thumbnails