Alhamdulilah! Akhirnya, debaran yang aku nantikan selama nie, berakhir jugak! setelah 3 bulan merancang, Tuhan menginzinkan tournament CS peringkat maktab aku berjalan dengan baik sekali ! yeaaah!!! :)

Tahniah kepada korang semua, yang terlibat secara langsung mahupun sound effect saja. hehehe. :) Korang semua memang best! Sejak dulu lagi aku impikan benda ni terjadi. Sekarang berjaya jugak aku anjurkan Tournament CS ni dengan bantuan IPG dan jugak kawan-kawan semua ..

Ini merupakan kali pertama di anjurkan di sini (aku percaya, maktab lain pon tak buat lagi mcm ni), dan ini menjadi titik tolak bermulanya era teknologi maklumat kat maktab aku ni. Insyallah, selagi aku di sini, aku akan cuba untuk membantu dari bidang ICT dan blogging. Insyallah. :)

Daripada 14 kumpulan yang amek borang (konon-konon isi) akhirnya, 8 team saja yang mengesahkan penyertaan ! Dan dapat aku lihat, kesungguhan semua mereka bermain dengan pelbagai strategi walaupun dilangsungkan dengan map De_Dust1.

Macam mana dengan perlaksanaan? Sudah aku fikirkan bersama kawan-kawan semua, dan sudah tentu backup plan dirangka untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Memang aku dah jangka, sejak 3 hari lepas bermain dengan 11 PC ditemani dengan 32 bot, memang akan berlaku lack (binatang yang asyik kacau koonektion game) ini memang akan berlaku. Dan sangkaan aku betul ! Tapi aku beruntung sebab semua peserta memahami dengan baik sekali. Sebab cara aku, kalau kita tak dapat laksanakan dengan peralatan yang cukup, baik aku laksanakan dengan sehabis baik dengan peralatan yang ada daripada aku tak buat langsung! :)

Sampai sini saje lah update untuk hari ni, aku pon dah lama tak tidur malam dengan nyenyak. Tahniah kepada semua ! Korang memang cooool !!

Related Posts with Thumbnails