March 2010 Archives

Alhamdulillah, mulai 22-26 Mac, saya akan berada di SK Serom 3, Ledang,Johor untuk menjalankan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu demi melengkapi sebahagian tugasan ijazah perguruan :)

Pada kali ini saya dikehendaki menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberikan dan dilaksanakan berdasarkan pemerhatian selama berada di sekolah. Sudah tentu, paper major Pendidikan Khas menjadi intipati PBS kali ni.

PBS berjalan dengan baik sepanjang minggu ni. Pihak sekolah daripada pengurusan,guru-guru,staff dan pekerja swasta telah memberikan sepenuh pertolongan dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ni.

Pelajar aliran perdana dan pendidikan khas, memang cool ! :) Tak perlu cakap panjang, biar gambar yang berkata-kata untuk anda ! saksikan slide gambar di bawah ini. :)

p/s; : memang seronok kami di sini. Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan tugas kami. :) Cikgu sayang kamu semua!

Siapa-siapa yang biasa dengan urusan networking (bukan MLM) mesti dah biasa dengar. Tapi bagi sesiapa yang belum, TPS ialah “satu line broadband atau line internet yang dibahagikan kepada 3 iaitu line internet high speed, panggilan suara dan juga IPTVĀ (Internet Protocol Television)”

TPS merupakan benda baru di Malaysia, bagi negara maju seperti Jepun, Hong Kong dan US, mereka sudah lama menggunakan teknologi ini. Kelajuan internet yang boleh di capai ialah seminimum 10mbps dan semaksimum 100mbps (di Malaysia).

Akan datang, TM akan melancarkan produk terbaru iaitu HSBB yang akan dilancarkan pada sesiapa yang berada di kawaan Shah Alam dan untuk list penuh, boleh lihat sini.

Yang paling saya suka ialah IPTV, kita boleh lihat lebih 300 channel TV melalui internet. Tak payah dah pakai Astro.. Jimat duit + channel banyak = puas hati. :)

Insyallah, sy akan terangkan dari masa ke masa ye. Nantikan.

p.s: apa pendapat anda?

Alhamdulillah… baru je dapat info dari kawan yang berada di Shah Alam, katanya dia telah dipilih oleh TM sebagai beta tester bagi projek terbaru TM iaitu TM HSBB. Dengar penerangan dari wakil TM tu, speed dia akan diberikan dalam bentuk pelbagai pakej starting berkelajuan 10mbps, 20mbps, 50mbps, dan 100mbps.

Member sekarang ni, dapat jadi tester untuk 100mbps.Katanya memang solid 100Mbps. Download movie internet saiz 700mb, dalam masa 10 second je! :) memang teruja dengarnya.

Nampak tak gambar di atas tu? tu lah kotak HSBB yang TM pasang di sekitar kawasan Shah Alam, sebab kawasan ini akan jadi kawasan pertama yang kan mencuba produk ni! (bila la nak sampai Seremban ek?)

Nanti saya akan ‘paste’ kan bukti speed kelajuan internet member tu :) memang seronok la mcm ni. Baru ingat nk ‘potong’ tapi tak jadilah.. hehhe.

p/s: apa pendapat korang mengenai produk TM yang bakal dilancar ni? Komen2.. :)

Alhamdulillah.. :) akhirnya masuk jugak streamyx kat bilik . Mudah la lepas ni nak buat kerja online, internet pon dah lengkap. So, esok dah boleh g terminate Digi broadband (terima kasih digi kerana berjasa selama 3 tahun).

p/s: saya sedang menguruskan streamyx cool unipack bagi kawan-kawan IPG. untuk setiap blok kediaman 1 antena router.