February 2010 Archives

google bagi gaji

Alhamdulillah, Google dah bayar gaji untuk bulan Februari.. Bersamaan maulidur rasul (duit maulidur rasul) :) Amiiin.. Lepas la nk buat bayar bil internet, kos makan.. Alhamdulillah.. :)

So, sesiapa yang masih online tapi belum merasa duit online (sedangkan anda bayar bil utk online), cepat2 lah belajar untuk jana pendapatan online.. Awal-awal tu agak perit, tapi lama kelamaan , ok. :)

p/s: anda tak nak ke pendapatan stabil paling kurang $100 sebulan? Buat bayar duit kereta ke..

PM najib minta rakyat manfaat internet

Ini adalah screenshot akhbar yang sempat dipetik. Kita dapat lihat, bagaimana komitmen kerajaan sendiri dalam meminta rakyat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan internet . :)

Sudah lama para-para IM (Internet Marketer) Malaysia memanfaat sepenuhnya kemudahan internet untuk menjana pendapatan antaranya melalui program adsense,PTC,affliates dan bermacam-macam lagi. saya pon antara salahseorang yang sudah lama menjana pendapatan dengan internet sejak tingkatan satu (2003) hingga sekarang. :)

So, apa pendapat anda mengenai peranan kerajaan dalam menjana minda rakyat supaya maju dalam perniagaan internet? adakah positif atau sebaliknya?

Kenal tak lelaki di tengah tu? Itulah Ibrahim Pendek! Beliau merupakan artis Malaysia pertama yang berlakon di Hollywood. :) hebat bukan..

Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai berahim pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran hollywood.Bahkan beliau juga merupakan pelakon malaysia yg pertama juga berlakon di dalam filem hollywood.

Filem lakonan nya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD .Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson,Gene Rowlans,Burt Ives, Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dlm cerita tersebut.

Ibrahim telah berangkat ke amerika pada 18 ogos 1961, beliau telah di bayar sebanyak US35 sehari. ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, singapura. Pihak universal telah menawarkan ibrahim untuk tinggal dan belakon di hollywood tetapi beliau telah menolak nya.

IBRAHIM PENDEK juga merupakan PELAKON MALAYSIA PERTAMA yang berlakon dalam filem warna !! :)

p/s: Apa pandangan anda terhabat artis-artis Malaysia sekarang? Setaraf atau ?? Berikan pandangan anda..

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak :

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga…

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..

Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman.

Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu’alaikum. ”

sumber: KedahLanie..!!

pilihanraya kampus institut perguruan

pengalaman pertama menjadi pengundi ! bukan pengundi hantu! :)

Itu lah saat pertama  kedua aku pergi mengundi. Pilihanraya kampus IPG Raja Melewar. Mengundi untuk memilih pemimpin dalam kalangan pelajar atau nama glamor-nye Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Ni bukan pengalaman pertama aku menjadi calon, ni pengalaman kedua selepas menjadi calon untuk MPP di ILP Ledang sesi 2008/2009. Di IPG, suasana lain dengan ILP. Biasalahlah, lain tempat lain caranya.

Bermula debaran dengan Malam Menifesto, aku menyampaikan menifesto di hadapan ribuan ratusan belasan pendengar saja (sebab aku dapat turn 5 last yang lain da balik). :) Tak pelah, yang penting aku dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan selama ni :)

malam menifesto

sedang menyampaikan menifesto di hadapan ribuan penyokong! :p

Apa-apa pun, tahniah kepada barisan JPP baru yang telah dipilih, semoga semua dapat menjalankan tugas dengan baik, dan jangan lupa menifesto anda tu! Kalau tak, pelajar tuntut nanti.. naya.. hehe..

p/s: maaf la, update lambat.. sebab baru je dapat gambar..

Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

p/s : Apa pendapat anda bakal guru sekalian?