November 2009 Archives

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Pada hari ini, saya akan kongsikan dengan anda semua cara untuk lajukan speed download kita (dalam 30 minit je, saya download file 700MB). Ni saya nk bagitahu fakta terkini, yang berdasarkan beberapa pemerhatian dan kajian, Malaysia masih lagi pada kedudukan yang rendah dalam sektor kemajuaan internet di dunia jika dibandingkan dengan negara membangun lain seperti (Asia) Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan lain-lain. Diatas adalah kedudukan download speed bagi negara-negara di Asia.

Seperti yang anda ketahui, Malaysia tidaklah mempunyai kelajuan internet yang tinggi ( D?= 1.80Mb/s, U?=0.54Mb/s) untuk memuat turun bahan seperti movie, software, lagu dan lain-lain dengan cepat, anggaran kelajuan memuat turun movie pada satu-satu masa adalah 20kB/s-50kB/s dan memakan masa 4- 8 jam tetapi dengan praktikal yang saya akan ajarkan, anda akan dapat memuat turun movie dengan pantas antara 80kB/s-200kB/s (30mnt- 1jam) setanding  dengan di negara-negara yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi (high speed).

Nak tau cara atasi masalah download lambat/connection slow ni? Mari sini saya tunjukkan caranya di sini . Klik sini. Kat sini ada cara-caranya, mudah je, ikut panduan tu, setting sikit-sikit, terus download. :)

Sekian untuk hari ini.

Nampak tak kat atas tu?? tu lah bukti dalam kampong pun ada 3G !! full speed tadi dapat 384kbps. :) haha, kan aku dah kata, digi tak yah iklan TV pon, servis ok.. tak yah iklan “potong-potong” :)

Terperanjat jugak, bila ayah aku cakap, pe hal broadband ni ada kaler biru?? kan biasa hijau.. Terus aku cakap, tu lah 3G connection. dan bila sampai rumah, terus je aku test. SAH !! memang 3G! alhamdulillah.. tadi download movie pon amek masa 3 jam jek, saiz 800MB.. Memang best..

So, jangan cakap 3G untuk bandar saja, dengan Digi, dalam kampong pon ok !

Ini adalah petikan Berita Harian 13/11/2009

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.

Bharian 13/11/09

Antara syarat untuk mendapatkan semula wang pelaburan ialah :

  1. Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
  2. Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
  3. Rekruiter atau upline tak dapat redeem
  4. Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..

p/s: ada di sini ialah peserta swisscash? apa pendapat anda?

TAHNIAH pada Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia musim ni.. :) (aku bukan orang nogori ye) pada Kelantan buat kali kedua masuk final dan kali kedua dapat tempat kedua.. tahniah jugak la.

Sempat lah jugak aku menonton tadi kat Ampangan sambil makan kat warong tadi, memang semua penyokong nogori.. Memang riuh rendah.. Semangat kenegerian tu.. (Gambar atas tu, saje nak dok promosi game PES)

Pada Kelantan, mana hilangnya kata-kata semangat “Gomo Kelate Gomo” ? Hilangnya bila ramai penyokongnya ‘hilang’ seawal minit ke-67. Kenapa mesti nak tinggalkan stadium? Kena la stay, bagi semangat pada pemain.. nasib baik IndaPutra dapatkan gol sebiji tadi. (maruah tu). Malasla nk cerita panjang, ni aku paste kan petikan Berita Harian malam ni.

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.- sumber rasmi, Berita Harian.

So, apa pendapat semua tentang permainan bola sepak Malaysia sekarang? Komen lah ye :)

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang dok cerita kena ban (saya pon kena), dan mase tu lah, saya mula memikirkan jalan-jalan pintas untuk apply akaun adsense tanpa menggunakan website saya (maklumlah, kos hosting, domain) jadi, baru-baru ni, ada seorang kawan IM, ada bagi good info pada saya, dan apa salahnya saya berkongsi kan? :)

Daftar akaun adsense guna YouTube? haha, saya pun tak tahu sebenarnya cara ni, dan sekarang memang senang, saya sedang apply 2 akaun spare dengan cara ini. :)

Ini adalah petikan asal yang saya ambil dari kawan saya aka Chukai sendiri.

Saya apply akaun Adsense pada 3 Nov dan akaun saya approved pada 5 Nov. Kalau anda tidak ada laman web atau blog untuk apply akaun Adsense, anda boleh cuba cara ni. Daftar akaun macam biasa, cuma masukkan URL Youtube channel di bahagian yang minta anda isikan laman web anda. Sebaik-baiknya apply guna akaun Youtube yang ada beberapa video dan ada views. Youtube channel tu apa? Sebagai contoh, saya register akaun Youtube dan refererx4 sebagai username. Jadi Youtube channel saya ialah http://www.youtube.com/refererx4.

Ini contohnya channel YouTube bagi yang tidak tahu..

p/s: senang tak? so, try la apply nanti kita buat AFD sama-sama ye. :)

terima kasih kepada saudara Chukai atas info yang berguna ini.