July 2009 Archives

Alhamdulillah.. duit raya ni.. :)

Itu ialah screenshot hasil earning aku setakat hari semalam.. kalau lah tiap-tiap hari macam ni, duit raye lah nampaknya. :) ini lah hasil berbudi dengan Google kan ?

Kita baik baik dengan Pakcik G (Google), pakcik G akan bagi kita macam ni. walaupun earning aku tak lah sehebat otai-otai lain macam syed ikhwan, richie, hafreze, abu hanis dan lain-lain.. tapi memadailah bagi akaun yang masih “dara” ni. :)

hasil earning hari semalam ialah dengan kos berjumlah $15 sahaja. ok tak ?

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…

logo-iprm

Bulan Rejab 1430, menyaksikan pelancaran Buletin sulung Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI), IPGM Kampus Raja Melewar.

Alhamdulillah, sempurna sudah pelancaran buletin PGPI yang diberi nama Halawatul Iman (Kemanisan Iman), pelancaran telah disempurnakan oleh Ust. Malek, Ketua Jabatan JAPIM dan Ust.Muhsinul  sebagai penasihat PGPI.

Pelancaran buletin ini di harap menjadi pemangkin kepada edisi-edisi seterusnya Halawatul Iman melalui Lajnah Penerbitan & Publisiti. Saya selaku ketua Lajnah, saya mengucapkan terima kasih, syukran! kepada semua ahli-ahli yang banyak membantu dalam menyiapkan buletin sulung ini.

Untuk buletin ini akan dicetak sebanyak 400 salinan untuk edaran dalam IPGM Kampus Raja Melewar sahaja, dan edaran digital dalam format pdf juga akan disediakan.

Salinan kali ini, anda boleh muatturun melalui link ini, Halawatul Iman- Edisi Rejab

p/s: Terima kasih juga kepada sifu Page Maker saya, Lukman, PISMP pra sekolah yang mengajar saya menggunakan software ini, memang hebat! dah rasa macam ketua editor dah rasanya. Banyak lagi saya perlu belajar.

Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar-pelajar baru KPLSMP ambilan Julai 2009 ke IPGM Kampus Raja Melewar.

Yea!! dah jadi SENIOR dah aku ni sekarang ni erk.. (senior PPISMP boleh le) :) , kira le jugak.. nampaknya intake kali ni, memang ramai Opsyen PJ, mantap lah sukan IPRM ni nanti.. Harap-harap macam tu lah..

Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru, harap semoga anda semua berbangga menadi guru..

SAYA BANGGA JADI GURU!

Tema minggu pengurusan, memang sesuai, memang bangga menjadi guru ni, tugas mulia. Kerja para-para nabi, pahala mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan..Maaf, entri kali ni, sikit jek, sebab banyak tugas luar yang perlu diselesaikan.

p/s: saya ingat, nak ubah gaya penulisan blog ni lah.. apa pendapat? nak ubah gaya apa?? :)