May 2009 Archives

Masalah teknikal seperti ini, memang sudah dijangka.. nasib baik bersedia dengan Plan B.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :) Alhamdulillah, dapat juga saya online dan terus update blog ni setelah hampir 5 hari masalah dengan Celcom Broadband Advance Plan (RM98) saya ni. Masalah timbul apabila Celcom broadband saya, dan bukan saya sahaja mengalami nasib sama, malah 4 orang kawan saya yang lain. 

Line connected tapi upload dan download tidak ada, menyebabkan saya tidak dapat online. Memang mengecewakan apabila memaksa saya menggunakan perkhidmatan percuma wifi maktab perguruan saya. :( Biasalah, benda free ni, memang banyak masalah. Saya hanya dpt online sekejap, itu pun masuk email sahaja.. 

Jika dilihat daripada rekod saya bersama Celcom memang bagus, sampai Celcom yang berhutang dengan saya! Tapi macam ni sekali dia lakukan pada saya.

Lihat di atas, Celcom yang berhutang dengan saya! Takpelah servis tak bagus, saya tinggalkan.. 

Dugaan ini semua. jadi saya mengambil keputusan dengan terminate akaun celcom saya, dan sekarang saya menggunakan akaun Diginet pula. Alhamdulillah, stabil. :)

Dalam perniagaan internet, satu saat adalah amat berharga, jadi sebagai pelanggan saya ada KUASA MUTLAK untuk memilih mana-mana perkhidmatan terbaik bagi saya. (Jangan teragak-agak untuk memecat pekerja jika prestasinya merosot!), 

p/s: banyak pengalaman yang saya dapat daripada peristiwa ni, dan ia takkan terjadi 2 kali.

p/s/s : iklan Celc** hanya indah khabar dari rupa.. 

 


Salam Ikhlas Dari MohdHilmi.com

Assalamulaikum dan salam sejahtera, esok (16 Mei) kita akan menyambut hari yang mana merupakan antara yang paling penting dalam hidup kita iaitu, HARI GURU. Tanpa guru, siapalah kita. Kita perlu ucapkan selamat hari guru kepada sesiapa sahaja! kerana sesiapa sahaja adalah guru kita.. Sudahkah kita mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru kita?

Gunakan teknologi yang ada, kita SMS, email,chatting, telefon, dan berjumpa untuk ucapkan selamat hari guru. :)

TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku membaca
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku menulis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku melukis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mewarna
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mengira
TERIMA KASIH guru yang mengajarku erti hidup
TERIMA KASIH guru yang mengajarku mengenal diri

TERIMA KASIH guru terawal – ibu dan ayah
TERIMA KASIH guru muqaddam
TERIMA KASIHh guru tadika
TERIMA KASIH cikgu sekolah
TERIMA KASIH pensyarah
TERIMA KASIH guru sejati

TERIMA KASIH

jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

terima kasih, selamat hari guru~

barang-china

Nampaknya igauan saya yang selama ni, pernah di katakan oleh saudara ahfizfazi menjadi kenyataan :( saya menerima surat dari kastam mengenai status barang yang saya beli dari China.

Saya ada sertakan gambar di atas untuk rujukan semua. Jadi, sesiapa pernah menerima nasib seperti ini? Boleh kongsikan pengalaman anda, bagaimana anda menyelesaikannya?

seronok, bila orang kampung saya jenguk sini :) Teringat kat kampung halaman..

Assalam.. tadi saya jenguk blog saya (seperti kebiasaan) dan agak  terperanjat jugak, apabila lihat buku tetamu saya di kunjungi oleh orang kampung saya sendiri! saudara Hamdy.

Bukan calang-calang orang rupanya saudara kita ni. cuma saya tak berapa mengenali, disebabkan saya generasi baru. Mungkin ayah saya kenal beliau. Dapatlah juga saya menelefon beliau untuk kepastian :) saudara Hamdy boleh dilayari di laman web ini > http://rancanghidup.blogspot.com/ , jika dilihat di dalam blog nya, memang seorang yang berjaya disamping menjadi penulis buku :)

Orang kampung, jangan kita pandang sebelah mata. Ketahuilah, tiada kampung, tiada Malaysia yang berjaya sekarang ini. Jangan “judge its book by it cover” . Agaknya, bilah saya dapat berjumpa beliau, sebab saya sekarang dalam proses mengenali orang-orang penulis buku. Sebab saya pon berkeinginan menulis buku.

ada sesiapa nak bagi cadangan saya patut berjumpa siapa?

p/s: Siapa lagi orang kampung saya , kampung Telok Rimba, Ledang, Johor ? atau pernah sampai ke sini, boleh lah bercerita mengenai pengalaman anda !

p/s/s: sesiapa nak datang ke kampung saya, silakan.. saya sedia tumpnagkan rumah.. boleh jalan-jalan tengok sawah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Pada 4 Mei lepas, saudara Maser telah melancarkan satu produk yang bagus dan belum ada lagi di Malaysia iaitu Panduan Forum PHPBB.

Maklumat lanjut, layari > http://www.buatforum.com

Jadi, sebelum anda membelinya, saya ada satu tawaran yang AGAK MENARIK kepada pembeli Panduan Forum yang membeli melalui link aff saya :)

TAWARAN SAYA > PAKEJ PERAK JomSMS.net


Apa anda akan dapat?

1. akaun smsbulk
2. sistem menghantar sms melalui internet dengan sender ID anda sendiri
3. kredit sms sedia ada sebanyak 100.

Untuk anda layak mendapatkan bonus ini daripada saya, sila pastikan :

1. sila clear kan cookies dari komputer anda
2. Layari melalui link >>http://www.buatforum.com/index.php?ref=hilmi
3. pastikan hujung link adalah =hilmi

p/s: selepas membuat pembelian melalui link saya, sila email saya  maklumat lengkap pembayaran anda, kami akan verifikasi dengan saudara Maser untuk kepastian.
p/s/s : selepas anda disahkan membeli melalui link saya, saya akan PM anda maklumat selanjutnya untuk mendaftar akaun dengan Jomsms.net

” Pilihan Bijak Di Tangan Anda “