Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, pada ahad lepas saya baru sahaja selesai trading barang dari China, iaitu hp Nokia N95 (brand China) sebanyak 3 buah yang bernilai USD350.00 siap kos shipment. Hp ni bukan lah hp sebenar mcm Nokia N95, sbb buatan China, semua function ada kecuali 3G (Malaysia ni ada 3G, bukan semua pakai pun, jadi tak penting sangat bagi saya yang duduk kampung ni kan ?)
Ini merupakan pengalaman pertama saya mengambil barang dalam kuantiti yang banyak jugak bagi saya yang melibatkan nilai USD350.00! atau lebih kurang RM1225.00 jugak. Ini saya beli untuk adik yang baru je lepas exam dan dapat duit pertanian (berbudi pada tanah dengan fertigasi).
Jadi di sini, saya nak tunjukkan gambar barangnya yang akan sampai ke Malaysia. Barang masih lagi dalam kapal (pos bersama EMS) . Dalam 2 hari lagi sampai katanya, kita tunggu sajalah. Bukan masalah tu saja, kemungkinan saya juga terpaksa dapatkan AP untuk lepaskan hp saya ni daripada kastam, betulke?
Ini lah gambarnya, saya tunjukkan di sini. Harap-harap apa yang digambarkan, serupa bila tiba di Malaysia nanti, InsAllah.

p/s: apa kata anda? pernah anda membeli daripada luar negara? kongsikan pengalaman anda di ruangan komen





