Assalamulaikum dan salam sejahtera!
Sejak kebelakangan ini, talian streamyx (saya panggil snailmyx) adalah ditahap yang SLOW !! di mana saya sendiri rasakan di Institut saya berada untuk capaian wireless.
Jadi, pada hari ini, saya ingin berkongsi beberapa cara alternatif untuk anda lajukan ’snailmyx’ anda yer
Saya akan ajar anda ikut step-by-step ye..
1. Masuk ke browser anda (saya guna FireFox).
2. Klik ke Tool> Option > Advance > Network
3. Masukkan setting berikut :
proxy: 200.201.187.250 port 3128

p/s: Terima kasih kepada laman IPRobot kerana sumbangan artikel ini
semoga anda semua dapat manfaatnya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini, saya telah mendapat berita daripada RK (Raja Kamil) melalui YM yang mengatakan bahawa rakan IM kita, saudara Badrul Zamani telah kembali ke rahmatullah. Alfatihah…..
Saudara Badruzamani Bin Azmi telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada malam Sabtu, 14 Feb 2009.
Jika anda masih tidak kenal siapa dia saudara badrul Zamani, boleh ke laman web rasmi arwah di alamat > http://www.badruzamani.org.
Kali terakhir saya melihat arwah online ialah pada 23 Januari yang lalu ketika itu, beliau update twitter. Arwah juga merupakan seorang pengurus epada sebuah syarikat iaitu Herba Traditional Sdn. Bhd. Beliau amat aktif dalam pemasaran online dan offline.
Semoga roh arwah di cucuri rahmat..
sumber : http://www.wangcyber.com

Being no 14 and top 20 among 600 contestants around the world is a good achievement as a start – Inspiration
Tahniah kepada Team Inspiration atas kejayaan tempat ke-16 daripada 600 ahli yang sertai Busby SEO Test. Busby SEO Test adalah pertandingan SEO peringkat antarabangsa yang disertai oleh pakar-pakar dalam SEO. Keyword pada kali ini adalah ‘ Busby SEO Test’.
Pertandingan busby seo test yang dianjurkan oleh salah sebuah company yang berpengkalan di Australia ini telah pun berakhir dan team inspiration ini telah menduduki
Tempat ke 14 di google.com
Saya memetik beberapa kata-kata yang telah diucapkan oleh Bro Inspiration :
Projek Busby seo test ini dihasilkan oleh saya untuk memenuhi 2 objectif iaitu:
1. Memperkenalkan Negara Malaysia melalui penyertaan SEO World Cup
2. Memberi praktical training kepada pembeli ebook seo saya
Ahli kumpulan Bro Inspiration adalah :
1. Abdfatah -> http://abdfatah.com/blog
2. Zaki – >http://mohdzaki.com/
3. secret – > http://ideaaku.com/
4. chukai – >http://www.wangcyber.com/forum/members/chukai.html

Dan menduduki tempat ke 21 di http://72.14.207.99/ data center. Senarai penuh boleh dilihat di sini. http://worldcup.busbywebsolutions.co…orldcupresults
p/s : walaupun projek ini sudah berakhir tapi sebenarnya it is just a beginning.

Syabas diucapkan kepada UMNO. Berani Berubah.
Alhamdulillah, UMNO akhirnya bergerak mengikut keadaan semasa dan mengambil kesempatan dari GENERASI ICT. kini mana-mana warga Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera boleh mendaftar sebagai ahli UMNO secara online terus dalam talian.
Tidak perlu lagi mengisi borang! Ya, ini merupakan satu revolusi kepada parti UMNO. Ahirnya, kita semua terima juga perubahan..
Saya mengetahui berita ini, melalui Buletin Utama TV3, dan pada hari ini terus saya buka portal Berita Harian.. Dan cukup hebat, apabila pada hari pertama (belum pun cukup 24 jam dilancarkan) sudah mempunyai 809 ahli berdaftar!
Ini menjunjukkan, kerajaan maya lagi hebat bekerja bebanding yang dulu! Dulu kita hanya mampu buka kaunter pendaftaran sehingga malam sahaja, mungkin 12 jam sahaja tolak cuti umum. Tapi dengan adanya akses kerajaan maya seperti ini, pendaftaran dapat dilakukan 24 jam sehari dan tanpa cuti umum!
Saya tak nak cerita lebih lagi, saya hanya mampu ucapkan tahniah kepada UMNO kerana akhirnya akur juga kepada kehendak rakyat Malaysia yang mahukan akses internet dimajukan dan dinaiktaraf .
Berita lengkap mengenai ini, boleh anda rujuk di Portal Utusan Malaysia.
Klik Link dibawah untuk mendaftar secara online:
www.daftar.umno.org.my