
kempen ‘1 Keluarga 1 Blog’ – Mohdhilmi.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Berbalik pada tajuk post saya pada kali ini, sudah tentu anda tersenyum dan ada yang terfikir-fikir apa yang akan saya sampaikan pada kali ini
Tagline ‘1 Keluarga 1 Blog’ merupakan tema saya pada tahun 2009 ini. Dan ia juga merupakan salah satu daripada Projek Mega saya yang akan dilaksanakan oleh saya dan mungkin uga dibantu oleh rakan-rakan saya yang lain. Pada tahun ini juga, saya mensasarkan bahawa 60% daripada keluarga di Malaysia mempunyai blog! (ahhh..! ini maybe satu kerja gile bagi seorang insan yang berumur 18 tahun)
Ya! mungkin anda kata saya tidak akan mencapai target saya, sekurang-kurangnya, saya berusaha! Ya, pada pendapat saya, blog merupakan medium yang amat-amat tajam ketika ini (sehingga mengalahkan stesen TV). Lihat sajalah bukti pada PRU-12 yang lepas, gara-gara peranan blog yang mampu mempengaruhi minda masyarakat!
Sehingga TV1, sanggup menerbitkan sebuah rancangan yang mengupas isu blog! satu tamparan hebat!
. Jadi di sini lah saya mendapat idea untuk melaksanakan program 1 Keluarga 1 Blog!
Sehingga kini, dalam projek in berlangsung, saya telah berjaya menarik 10 buah keluarga untuk mempunyai blog! hohoho!!
mungkin ada yang bertanya kepada saya dan diri mereka sendiri :
- apa guna blog ini?
- bagus ke ada blog?
- errr….. apa tu blog?
Blog mungkin yang bertanggapan sebagai fungsi diari kehidupan dan melepaskan geram semata-mata! salah! Blog terlampau banyak gunanya, nak cari pendapatan melalui blog pun boleh (ini personal coaching dengan saya) hehe..
Terlampau banyak variasi yang mampu dilakukan oleh blog, bukan sahaja penyampai maklumat informasi, perniagaan, malah sehingga merapatkan silaturrahim dan juga membantu orang pun ada!
wah.. semangat habis saya
, saya berhanti setakat ini dahulu, tujuan saya menulis entri ini untuk memberi makluman apa yang sedangs aya lakukan sekarang. Ok, setakat ini dahulu, wasalam
p/s: hari ini sahaja, saya terima 3 tempahan keluarga untuk blog
p/s/s: anda pula bagaimana? ![]()







