December 2008 Archives

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! hohoh!! Tajuk kita pada hari ini agak ‘keterlaluan’.. :) yeke? Sebenarnya, saya telah di jemput untuk memberikan review mengenai satu lagi produk IM (Internet Marketer) kita, iaitu saudaa beduz.

Produk beliau pada kali ini menampilkan satu lagi ‘niche’ baru dalam industri Internet Malaysia. Niche ini boleh dikatakan sebagai topik yang seringkali masyarakat kita rahsiakan perkara ini,  1 niche yang dianggap tidak senonoh jika dibincangkan (yeke? ) :)

Kelainan konsep yang dibawa oleh saudara BeduzFiz pada kali ini telah menampakkan bahawa di dalam dunia internet, tiada apa yang mustahil..! Tidak lain tidak bukan ialah produk DiRanjang. (untuk tontonan 18 tahun ketas sahaja). :)

Anda dapat lihat, di dalam post ini saya telah meletakkan e-cover bagi produk beliau. Tengok e-cover sahaja sudah tertarik  bukan? Saya akan review serba sedikit mengenai produk ini. Produk ini menceritakan mengenai beberapa ‘teknik’ dan juga ‘perkara’ yang perlu diketahui oleh pasangan suami isteri sebagai senjata mereka dalam medan peperangan!

Produk ini juga menampilkan 7 teknik berkesan yang mana setiap satunya diberi penerangan yang amat jelas.

Bak kata penulis “Ia tidak berkesan jika anda hanya membacanya sahaja. Tetapi jika anda ikuti satu per satu langkah yang dibincangkan, saya pasti isteri anda akan kagum dengan prestasi anda. 45 minit- 1 jam untuk satu pusingan hanya perkara simple untuk anda laksanakan.”- beduz

Selain itu, beduz juga ada menerangkan di dalam produk bliau yang mana menyatakan ‘Tetapi hanya satu perkara saya khuatiri apabila anda mempraktikan teknik-teknik dalam ebook seni melambatkan pancutan ini iaitu isteri anda meminta anda kahwin satu lagi kerana dia sudah tidak larat melayani nafsu seks anda. Oh tidak! :)

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan 4 bonus PERCUMA yang diberi ekslusif kepada pembeli-pembeli produk DiRanjang ini.

Sesiapa yang membeli ebook ini melalui link referal saya, bonus istimewa menanti anda. Antara bonus-bonus yang akan anda terima ialah :

1) Akaun PERCUMA jomSMS.net + 50 kredit sedia ada!
2) Koleksi Grafik Terbaik 2008
3) Panduan mudah bina logo anda!

LINK REFERAL SAYA DISINI.

ps: clearkan cookies anda sebelum anda klik link referral saya untuk pembelian
pss : PM saya jika anda telah membeli ebook ini drpd refferal link saya.
psss: rebutlah tawaran menarik ini!


on-air-melaka-fm3

Saya ON AIR di radio Melaka FM pada 29/12/2008 (1 Muraham 1430) jam 11.45 pagi

Alhamdulillah.. akhirya dapat juga saya ON AIR bersama radio Melaka FM. Tujuan saya ON AIR di radio Melaka FM pada kali ini ialah sebagai tujuan promosi untuk susu alpha lipid yang mana saya sebagai stokis di Daerah Ledang, Johor.

Setelah berjaya dengan pengiklanan online, kini saya cuba pula melalui pengiklanan offline. Pada sebelum ini, sayajuga telah mencuba pengiklanan offline (brosur,cakap mulut) yang mana membuahkan hasil juga. Jadi, saya ingin beralih angin dengan pengiklanan di radio yang mana mempunyai ribuan pendengar pada satu-satu masa.

Tidak dinafikan, pengiklanan di radio juga mempunyai kelemahannya, sebagai ‘orang yang bertindak‘ kita mesti menghadapi risiko! :) ohoho!!

Usahawan mesti bijak mengambil risiko, walau apa pun yang dihadapi. Ini semua cabaran dalam perniagaan. Walaupun saya dikenali dalam dunia IM, kini saya melakukan kedua-dua.. IM dan penjualan produk fizikal. Ini pasti menyeronokkan!

Bagi saya, PENGIKLANAN adalah kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi perniagaan. Cuba kita renungkan kembali, mengapa syarikat gergasi Celcom,Maxis,Digi, KFC tetap melakukan pengiklanan walaupun mereka sudah berjaya?? Ini semua kuasa pengguna.

Sebelum berundur, saya ada soalan cepu emas.. (boleh jawab di bahagian komen) mengapa anda memakai name tag? :)


Ya Allah, diambang hijrah yang barkah, kau muliakanlah dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya, berikan kenikmatan ibadahnya dan jauhkan dirinya dari fitnah dunia. Amiin, ya Robbal A’lamin..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 (maghrib ini). Di kesempatan ini, kami warga MohdHilmi.com ingin meminta ampun dan maaf sekiranya dalam tahun 1429 hijrah ini, kami ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Semoga tahun baru ini (1430 hijrah) , kita semua dapat mencapai apa yang dihajati dan moga-moga segala usaha kita dirahmati Allah hendaknya.

Marilah kita sama-sama melakukan ‘HIJRAH’ dalam hidup kita, dari yang baik kepada yang lebih baik. Insyallah. Sampai disini dulu, post saya pada hari ini..


Saban hari kita melihat semakin ramai yang ingin mencuba nasib untuk memperolehi pendapatan di alam maya. Pelbagai cabang boleh kita ceburi dan antaranya adalah melalui blog.

Selamat sejahtera semua? Apa khabar? Saya alhamdulillah, :) maaf kerana lambat update blog saya, ini disebabkan oleh beberapa masalah yang saya hadapi bersama beberapa blog saya yang lain.. Pening kepala tak boleh tidur! Hoho!

Pada hari ini, saya ingin mengajak anda, bagaimana dan apakah strategi anda untuk bermula menjadi blogger. Di kala ini, sejak ke’popular’an blog, malah di RTM sekalipun, telah mula melancarkan siaran untuk blog! Ini suatu yang baru bagi Malaysia..

TAPI, saya ada beberapa persoalan untuk anda :

  1. Apakah persediaan anda untuk menjadi seorang blogger?
  2. Apakah pantang larang untuk menjadi bloger (ada pantang larang)?
  3. Apakah perkara asas yang perlu anda tahu?
  4. Bagaimana hendak membina blog? (soalan femes ni)
  5. dan macam-macam lagi…..

Saban hari juga, kita dapat lihat puluhan ribu blog dibina. Ini menandakan blog telah menjadi platform yang sememangnya efektif dan efisien samada untuk perniagaan, politik, perihal peribadi, dan pelbagai lagi.

Timbulnya niat untuk membina blog sendiri kadang-kala membawa kepada masalah. Antaranya bagaimana hendak membina blog? Apakah langkah-langkahnya? . Dan adakah anda juga mengalami masalah sedemikian?

Perkara ini sebenarnya sudah menjadi normal bagi pencebur terbaru. Yang penting, anda perlu mencari panduan yang memberikan anda langkah demi langkah supaya anda tidak akan menghadapi sebarang kesilapan yang mungkin memudaratkan.

Ketahuilah blogging mampu memberikan anda keseronokan yang teramat tinggi dan jika dibuat dengan betul mampu menjana duit untuk anda.

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Tentang strategi Asas Perniagaan Melalui Blog Di sini.

Salam blogging dari saya.


Alhamdulilah, cek ke-5 komisyen untuk hasil penjualan susu alpha lipid oleh ku pada bulan 11!

Akhirnya, sampai jugak cek ke-5 daripada syarikat NZ New Images untuk penjualan susu alpha lipid.. Alhamdulilah! Dapat jugak duit untuk aku balik maktab nie.. Nape nama S.Rositah?? itu nama emak saya, yelah.. dulu nak jadi stokis, umur tak cukup 18 so kena guna nama mak.. huhuh!!

Tapi walaupun tak dapat guna nama saya, usaha kita yang penting.. Nak berjaya, kena ada usaha+strategi! So, saya ‘pinjam’dulu nama mak.. kan boleh! Hehe..

Syukur pada tuhan, setelah cek ke-5 ini sampai, untuk semua ini telah saya terima hampir RM2k untuk penjualan susu ini. Yelah, buat part time, ok lah kan? Kalau saya buat full time, agak-agak boleh cecah RM10k ni. HOHO! :) Dah boleh jadi Labanon ni..

Susu alpha lipid ni, merupakan salah satu produk yang saya jual secara online dan offline.. Jika online boleh lihat di sini KhasiatSusu. Di sini memang saya jual secara online, tetapi banyak sale dapat melalui offline.. Nie yang nak kena pikir masak-masak ni, macam mana nak tingkatkan jualan secara online plak susu ni, baru boleh cecah RM10k!

Alamak, saya ada hal dulu, jadi terpaksa tutup di sini sahaja,. sebab nak pergi bank, nak clear kan cek ni. Baru dapat makan mee bandung Muar. Heheh.. Wasalam..

p/s: jika anda mahukan susu ini, boleh terus menghubungi saya di talian 013-7048171, saya akan beri special price!


Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :) Apa khabar? Saya luar biasa bagus (ungkapan yang sering saya ucapkan)

Topik saya pada hari ini merupakan satu persoalan yang teah di ajukan oleh kawan saya ketika saya sedang mendengar kelas insuran MAA pada hari semalam.. kawan saya ni bertanya kepada saya untuk saya renung-renungkan..  Adakah kita hidup di dunia ini sebagai tuan atau hamba bagi minda kita?

Apabila saya memikirkan, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sendiri (mengaku saya) merupakan hamba kepada minda kita! ya, apa yang saya katakan ni mungkin tidak logik, yelah kita sudah merdeka sejak 1957, mana mungkin kita di jajah.. MEMANG BETUL TETAPI kita perlu beringat, kita telah dijajah minda kita!

Bagi diri saya, saya katakan saya dijajah apabila saya asyik atau terlalu mengikut kata minda saya yang mahukan itu, mahukan ini, mahukan semuanya! tetapi apabila mendapat sesuatu saya leka dan tidak mengamalkan apa yang saya perolehi :( 1 kesedihan bagi diri saya!

Renungkan kembali dalam diri kita semua, sampai bila kita mahu dijajah oleh minda kita? macam mana kita nak mencapai Financial Freedom yang kita ingin-inginkan jika kita masih dijajah?

Apabila saya fikirkan semula, memang benar.. Azam saya, saya ingin keluar daripada ‘kepompong’ masalah ini dan jadikan nasihat dan kata-kata rakan saya sebagai semangat saya menempuhi segala. Terima kasih kepada kawan saya tersebut kerana menyedarkan saya.

p/s: saya kongsikan persalan ini kepada anda, untuk kita sama-sama rungkai persoalan tersebut.