November 2008 Archives

fuh.. hari ni memang hari yang penat bagi aku.. yela, ada 4 tempahan laman web yang terpaksa aku siapkan.. ditambah pulak dengan minggu exam aku di Institut Perguruan Raja Melewar.. :)

macam apa yang korang baca di tajuk atas ni.. walaupun hidup aku kini penat dengan pelbagai tempahan.. tapi apa yang aku ingin katakan.. memang berbaloi bila aku dapat tengok muka-muka atau reaksi pelanggan aku yang puas hati dengan hasil kerjaku.. Itu yang lebih penting sebenarnya.. ye tak?

mana tak nya, aku hanya mampu siapkan 1 website selama seminggu termasuklah, dengan design nya sekali. memang memenatkan ialah bahagian design, sebab apa? sebab kreatif!! ye, otak nak kena kreatif bila kita main dengan design ni. alhamdulillah, pada bulan ni, aku dapat 4 tempahan website termasuklah daripada sekolah lama ku sendiri :) hohoho!

sebelum tu, aku ingin mintak maaf, jika blog ni lama tak update, bukan aku sengaja, tapi masih banyak komitmen lain yang ingin aku segerakan.. baiklah, kat sini aku listkan laman web yang sudah siap dan hampir siap di kerjakan oleh ku selama sebulan ni.. korang nilai lah sendiri yerk :)

  1. Komuniti Bakal Guru – www.BakalGuru.com
  2. Forum Rasmi Komuniti Bakal Guru – www.bakalguru.com/forum
  3. SMK Tengku Mahmud Iskandar (sekolah lama ku) – www.smktmi.com
  4. Forum rasmi SMK Tengku Mahmud Iskandar – www.smktmi.com/forum
  5. Jom SMS (sistem SMS bulk) – www.jomsms.net

ni jela yang sempat aku tunjukkan.. ada lagi yang lain.. tapi nanti-nanti lah yek.. bukan tak nak tunjuk, tapi baru progress 10% takkan aku nak tunjuk.. yang kat atas tu, laman web sekolah tuh pon, lom siap lagi sebenarnya..

akhir sekali, aku nak bertanya kat korang, agak-agak berbaloi tak korang belajar pandai-pandai then dapat masuk Universiti?? ada jawapan, sila isi di ruangan komen di bawah ni.. :p


Tag ni dari RajaKamil

1. Bilakah anda mula berminat untuk buat duit?
Jawapan: Sejak kecil lagi, sebab apa? sebab family memang orang berniaga :)

2. Duit atau Awek?
Jawapan: Kedua-duanya , kalo boleh lah…

3. Anda ada blog? Apa dia URL blog anda?
Jawapan: Ada. http://www.mohdhilmi.com
4. Apakah program pertama yang anda sertai di internet?
Jawapan: program skim cepat kayap!! hahahah…. dah tentunya affliates! ;)

5. Anda pernah berjaya buat duit dari blog?
Jawpan: Berjaya ke ntah.tapi jika diukur sekarang lah.. dalam 4 angka sebulan.. heheh. aku tak otai macam orang lain yang buat duit sampai 5 angka..

6. Bilakah anda berjaya membuat jualan pertama?
Jawapan: jualan pertama mcm mana tu? kalo jualan pertama ialah produk affliates.. produk Bina Minisite, ciptaan mohd amirol. TQ bro! kalau jualan sendiri plak, ialah jualan dari produk yang aku dapat pakej reseller daripada saudara Mawardee iaiti Pakej Grafik

7. Program buat duit manakah yang memberikan anda pulangan yang lumayan?
Jawapan:setakat ni ialah program affliate saudara Labanon.. boleh dapatkan kat sini

8. Anda mempunyai produk sendiri? Nyatakan.
Jawapan: Ada. Yang percuma banyak, yg berbayar mcm ni..

  1. pakej grafik
  2. Susu alpha lipid
  3. banyak lagi…. x sempat nak list dah :)

9. Berapakah jumlah keuntungan tertinggi yang anda dapat dari produk anda?
Jawapan: keuntungan… hurm.. dalam RM2k, kalau x silap saya bagi satu satu website saya :)

10. Adakah anda pernah rugi dan gagal untuk menjual produk anda? Kenapa?
Jawapan: Sudah tentu. Kegagalan terancang.

11. Google Adsense, Program Affiliate atau Produk sendiri?
Jawapan: Produk sendiri

12. Titan atau Irfan Khairi?
Jawapan: Masing-masing ada kelebihan. Aku pun ada kelebihan. Kau pun ada kelebihan.

13. Siapakah mentor anda?
Jawapan:Dr Irfan Khairi, smartzul, mohdamirol, labanon (my fren)

14. Berapakah target anda untuk bulan ini?
Jawapan: RM4000 dan RM10k bulan  November. agak-agak korang.. boleh tak?

15. Adakah anda tahu cara promosi yang bagus? Beritahu 1 sahaja.
Jawapan: Ya. Adwords

16. Adakah anda seorang penipu?
Jawapan: penipu?? tipu lah korang kalo cakap tak pernah.. secara jujur, pernah

17. Anda tahu menggunakan teknik blackhat?
Jawapan: Soalan ni general. Takde indicator yang logik seperti tahapa ke”tahu”an.

18. Apakah cita-cita atau impian anda?
Jawapan: Aku nak buka peluang pekerjaan untuk orang Islam dan Orang Malaysia Khasnya

19. Adakah anda hampir berputus asa? Mengapa?
Jawapan: Pernah. Mental down. sebab apa? sebab aku banyak beli ebook, tapi tak praktik

20. Jadi, bagaimana anda bangkit semula selepas hampir berputus asa?
Jawapan: Baca al-Quran, solat hajat.. minta dorongan kawan-kawan..

21. Adakah anda boleh buat duit sekarang? Sila jawab Ya atau tidak sahaja.
Jawapan: Ya!

Sila kenakan HANYA 6 orang sahaja untuk Tag ni. Ok. Ini 6 orang yang bertuah untuk jadi mangsa aku

  1. Mohd Amirol
  2. Smart Zul
  3. Labanon
  4. Irfan Khairi
  5. Shuth
  6. Abooin

Syarat lain. Kalau boleh, sila buat trackback ke blog ini. Itu sahaja. Nak jawab atau tidak tag ini. Aku tak marah. Terpulang pada korang. Ini kali pertama aku buat TAG game. Tak tahu best ke tak perasaan bila orang lain menjawab tag kita. Jadi, jawab sahaja tag ini..

Tujuan Tag:

Untuk mengenal pasti potensi diri sendiri. Mempromosikan diri dan produk anda. Muhasabah diri sendiri dan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.