November 2008 Archives

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Alhamdulillah, setelah hampir sebulan tertangguh, akhirnya JomSMS.net ini telah saya jadikan sebagai bonus akhir tahun daripada saya untuk semua! Walaupun bagi saya ianya tidak masuk akal, sebagai bonus akhir tahun ini, saya jadikannya sebagai satu bonus paling besar dari saya. :)

Apa itu JomSMS.net ini ??

SMS/MMS Bulk adalah merupakan satu sistem yang sangat mudah digunakan untuk menghantar SMS atau MMS kepada lebih 500 penerima sekaligus dengan hanya satu klik sahaja. Lebih 97.6% penerima akan menerima sms anda dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.

Anda tidak perlu menghantarnya secara manual dengan menggunakan telefon bimbit anda, apa yang anda perlu lakukan hanya menggunakan internet, login ke laman web sistem SMS/MMS Bulk ini dan hantar kepada lebih 500 penerima hanya dengan 1 klik sahaja.

Anda juga tidak perlu bersusah payah memikirkan cara untuk install apa-apa software mahupun memahami apa-apa script untuk menggunakan Sistem SMS/MMS Bulk ini kerana sistem ini sudah siap untuk anda gunakan serta merta setelah anda membayar untuk Sistem ini.

Apa Fungsi JomSMS.net

1.SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID penghantar);
2.SMS Delivery report;
3.Personalized SMS;
4.Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic …);
5.Send Long SMS (lebih 160 patah perkataan);
6.Send MMS;
7.Send Business Card;
8.Send Flash SMS / Blinking SMS;
9.SMS Reminder / Scheduler;
10.Personal Phone book;
11.SMS Status report and campaign report;
12.Mobile number grabber (Software mengumpul nombor telefon)
13.Text2Speech(Tukar ayat ke suara menggunakan MMS-WAP Push)
14.Character counter;
15.Tidak menggunakan software dan mudah dikendalikan.
16.3 Ways SMS System (Auto reply + Biz Card + SMS to Person in charge) *** External Service

WOW!! banyak keistimewaannya! Dan rakai telah akui ianya merupakan ‘harga terendah’ yang pernah mereka jumpe! saya ada buktinya, ini dari salah satu Forum Internet Malaysia.


..adakala, kita yang atas tetap memerlukan yang bawah, kerana yang bawah itu akar , kita di atas hanya pucuk…. renungkanlah…

Alhamdulillah, akhirnya masalah yang saya hadapi selama 4 hari ini telah selesai, MASALAH APA? haa, ni saya nak story sket pasal ‘service after sale’ yang amat-amat-amat baik yang telah ditunjukkan oleh satu company ini dalam mengendalikan masalah saya sebagai pelanggannya.

Pada 4 hari yang lepas, laman rasmi ini, telah diserang penyakit teknikal yang mana saya sendiri pun tak pasti, kerana bab-bab coding WordPress ini bukan bidang saya sepenuhnya :) (tak macam member saya wgn_white, dia memang expert) , jangan marah wgn_white! wgn_white dah banyak tolong saya, memang best! sape nak dapatkan service coding WP, boleh contact beliau.

Ok saya teruskan, off topic plak tadi,. sebenarnya masalah yang saya hadapi ialah :

  1. Kategori dalam blog hilang
  2. Ruangan komen tidak dapat digunakan

Pada kedua-dua masalah diatas telah dapat disempurnakan oleh pihak hosting, saya menggunakan hosting oleh saudara Tengku Zahasman iaitu Namsahaz. Untuk pengetahuan rakan sekalian, support atau ‘SERVICE AFTER SALES’ oleh pihak Namsahaz memang tip-top, saya ni pelanggan yang cerewet tapi pihak Nmasahaz sanggup melayani kehendak saya, ini yang saya katakan dalam perniagaan ‘hubungan dengan pelanggan’ amat penting, penjual bukan sahaja bermanis kata ketika mempromosi tetapi mereka juga bermanis kata setelah mendapat jualan! Tidak hairan lah, saya telah menggunakan service Namsahaz selama 4 tahun!

Saya berasa cukup puas hati dengan service Nmasahaz, alhamdulillah, saya tidak kehilangan blog kesayangan saya ini. :)

p/s: sampai satu tahap, kita tidak perlu mempromosi produk kita lagi kerana service after sale yang hebat sudah membuatkan pelanggan yang datang mencari kita. Apa pendapat anda? Sila komen untuk berkongsi cerita :)


Dulu saya pernah cakap… “Masih Belum Sempurna” tapi hari ni, saya cakap “Akhirnya Sempurna” kenapa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua? Hari ni, sudah hampir… err.. hampir sempurna kerja laman web saya , cuma tinggal touch up dan make up jek (macam same jek) .. hehe, cuma nak jaga QC je lagi. TETAPI hari ini, beberapa persoalan yang terbuku dalam kepala otak ni, mula terjawab dah.. Ni semua gara-gara cikgu, yang dapat ranking top 10 dalam pakcik GooGle untuk keyword ‘SMK Tengku Mahmud Iskandar’ hhaha! mesti someone dah mula terasa ni.. hehe.. :)

Fuh! lega hati nie, bila segala jawapan sudah terjawab, dan sudah tahu, macam mana rupanya Cikgu Sarah ni.. hehehe.. dia seorang yang friendly speaking,nice,cun << ni tak leh tahan.. dan yang paling penting, dia ni ‘banyak cakap’ dan caring jugak.. huhuh! Mana taknya, sebelum-sebelum ni, saya hanyalah menjadi pembaca blog beliau sahaja, tapi hari ni dah jumpe depan-depan setelah hampir sejam saya tunggu di pondok Pendidikan Khas. Setelah sejam tunggu, dia SMS ‘saya tak dapat jumpe, ada hal…’ alamak.. nasib baik cikgu wan ajak jalan-jalan..

Pulang je dari jalan-jalan dengan cikgu wan, akhirnya sempurna! Saya terserempak dengan cikgu Sarah ni. haha! mano nak lari geng.. :) dapat jugak lah berbual, rupanya saya pernah berjumpe dengan cikgu Sarah tapi time tu masih tak mengenali, semasa Pertandingan Bahas Kepenggunaan di MMU,Melaka. Debater. Best rupanya borak dengan cikgu ni, tapi masa cemburui kami. Tapi tak pe, ada masa, saya akan ‘temubual’ cikgu kita nih.. heheh.. kawan-kawan, tunggu post akan datang yek.

Saya pulang dengan semangat berkobar-kobar nak update blog ni. huhuh.. tapi saya dah agak, cikgu ni pun dah mula update blog nya sekarang,, Itu lah kisahnya, AKHIRNYA SEMPURNA. :)

P/s: lakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh sehingga sempurnya,kerana kesempurnaan itu dapat mengubat kepenatan. ye tak? ada komen?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Maaf ye, jika dah lama saya tak update blog ni, dekat 2 minggu dah ni :( Memang bulan ni, akan saya gelar sebagai ‘bulan penat tapi berbaloi’.

Penat Tapi Berbaloi. Sedap gak ayat ni. hehe… tapi memang penat saya bulan ni, di mana tempahan laman web datang secara tak disangka-sangka. alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka..saya bersyukur. Pada kali ini, saya terpaksa menjalankan kerja web ini secara outsource, dimana segala kerja grafik, telah saya serahkan pada member lain. Ini bagi menjimatkan masa saya, TETAPI walaupun design dilakukan oleh individu lain, tapi QC (QUALITY CONTROL) tetap dilakukan oleh saya. Ini bagi memastikan kualiti berada pada tahap atas 90%.

Bagi saya, kerja bukan nak cepat siap tapi kualiti. Disamping itu, kita juga kena jaga masa, urus masa dengan betul supaya projek siap pada masa yang dipersetujui. Apa yang dapat saya katakan, semua kerja yang kita lakukan bukan mudah, TAPI akan jadi mudah apabila kita lakukan secara sistematik! :)

Pada minggu lepas, saya tertarik dengan keyword carian google ‘smk tengku mahmud iskandar’ salah seorang guru baru (Cikgu Maisarah) telah mendapat tempat top 10 juga. Wah! lantas, saya pon terus meninjau-ninjau blog nya.. hehehe.. macam-macam yang beliau tulis, tertarik pulak hati ni nak kenal dengan lebih lanjut.. Pada minggu lepas, hari Khamis (19/11/08) saya telah terserempak dengan beliau di pejabat sekolah.. heheh.. ketika itu, saya sedang berjumpa pengetua sekolah untuk laman web www.smktmi.com yang sedang saya bina.

Ok lah, nampak nya kesibukan mencemburui saya (sebenarnya jadual saya) telah sampai, saya kena undur diri dulu untuk entri pada kali ini. Sebab masih ada 3 lagi laman web yang perlu saya siapkan pada kali ini. :) Alhamdulillah, hasil kualiti kerja saya mula membuahkan hasil. Ibarat kata pepatah “tanam sebutir padi kita akan dapat 700 biji padi yang boleh menjadi beras”

Apa maksudnya?? Lu Pikirlah Sendiri.. Assalamualikum…


Ijazah terbaik datangnya dari jalanan… dari pengalaman bercakap dan bersalaman…

Assalam dan selamat sejahtera semua, apa khabar? saya mahukan anda semua menawab ‘luar biasa bagus dan hebat sekali!!’ :)

Jika kita perhatikan tajuk pada kali ini, lebih berkisar tentang motivasi diri, bagaimana kita menilai dan ‘memberi’ ijazah pada diri sendiri.. Apabila kita sebut tentang ijazah, sudah tentu majlis konvokesyen menjadi tanggapan pertama kita. Bagi saya, ijazah bukan hanya datang daripada majlis konvo sahaja, ijazah akan hadir dalam hidup kita apabila kita melakukan dan mempraktikkan dan memyebar sesuatu ilmu yang kita ada kepada semua orang yang memerlukan. Saya masih teringat kata-kata seorang pak cik, tatkala saya sedang duduk menunggu bas untuk pulang ke rumah di Muar. Saya akan tuliskan dialog saya bersama pakcik tersebut.

Pakcik : anak ni belajar lagi ker? Kat mana?

Saya : ye, saya masih belajar lagi.. ni pon baru lepas tuisyen. saya belajar di SMK Tengku Mahmud Iskandar. Tahun ni saya amek SPM.

Pakcik : kenapa mesti belajar tuisyen? kat sekolah tak cukup ke ilmunya?

saya : saya rasa cukup, cuma nak mantapkan jer pakcik..

pakcik : ooo. baguslah.. tapi pakcik nak pesan, pakcik tak pernah pon pergi sekolah, tapi pakcik tahu membaca, tahu mengira, dan tahu kemahiran yang asas-asas ni nak. zaman pakcik nak sekolah mana ada duit macam orang sekarang.

saya : wah.. pakcik belajar dengan sape? tak kan lah pakcik tahu sendiri

pakcik : pak cik hanya belajar dengan jalanan je nak.. ni semua ijazah jalanan. pengalaman jek jadi panduan hidup pakcik :)

saya : oo.. terima kasih pakcik, bas pon dah sampai ni, saya pergi dulu (hebat pakcik ni.. mendalam maksud nya)

Kesimpulannya, ilmu berada dimana-mana saja, bukan hanya di sekolah,universiti,kolej sahaja tempat kita menuntut ilmu,cuba bayangkan, jika kita beri peluang pada pakcik tadi masuk ke sekolah, agak-agaklah kan.. dah tentu pakcik ni akan jadi lebih dari apa yang dia ada sekarang :) Pengalaman hidup merupakan satu ijazah jalanan yang paling berharga dalam hidup kita ;)

apa pendapat anda?


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Actually, dah lama sebenarnya aku merindui entri-entri yang berkhususkan ilmiah ni sebenarnya. Aku terjumpe hadith di atas ni, ketika aku sedang asyik melayari laman-laman web yang ilmiah.. :) hohoho!!

hadith ni dah manrik hati aku untuk bercerita dengan lebih lanjut, apa itu ILMU melalui kacamata aku sendiri, berdasarkan pengalaman aku lar.. firstly, bagi aku, di dunia ni, semua orang ada ilmu. Yeke?? ye, tak caye le tuh… :p

Ilmu ni kawan-kawan, bukan diukur dengan berapa pencapaian kita dalam exam, exam ni semua sekular jek bagi aku. Ilmu ni aku nilai dengan bape banyak ilmu yang kita apply dalam hidup kita. Kalau ada ilmu tapi tak apply, baek tak yah menuntut ilmu.. ni bagi pendapat aku lah sebenarnya, kalo korang tak setuju, buat lah pendapat sendiri!! hahaha ;)

Ok, ni perspektif aku berkenaan dengan ilmu. Yang pertama, “Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.. apa yang korang paham?? mcm yang aku maksudkan tadi, ada ilmu kita apply, baru itu dikatakan ILMU.

Baiklah, yang kedua maksud ilmu berdasarkan kacamata aku ialah “Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmuyang ni aku bersetuju dengan pendapat ustaz yang aku kenal lah.. bila kita ada ilmu, kita akan dipandang tinggi di mata masyarakat, bukan itu sahaja, orang yang berilmu nie, akan diberi kepercayaan lebih. Bagi aku, yang membezakan sesebuah kejayaan atau pon kemodenan sesebuah tamadun ialah ILMU. Cube kita renungkan kembali.. kejayaan firaun suatu masa dulu yang mampu membentuk empayar yang hebat, ialah kerana ILMU yang tinggi. walaupun ianya kafir, tapi ILMU ni Allah anugerahkan kepada semua. So, sebagai umat Islam aku menyeru supaya kita berilmu, supaya apa?? supaya Islam dipandang tinggi seperti suatu masa dahulu yang mana Islam dipandang tinggi.. cewah!! ceramah plak aku :p

Yang ketiga, ILMU menurut pandangan aku ialah Ilmu ialah KUASA ye, buat masa sekarang ILMU ialah kuasa. cube ingat balik kejayaan Barack Obama sebagai Presiden US yang baru. Sebab dia ada ilmu, sebab itulah dia dipilih..

p/s: panjang pulak entri ilmiah aku kali ni.. huhuu.. renung-renunglah kawan.. ada idea/pandangan lain? sila komen di sini.  :)