August 2008 Archives

Hohoho….. Hari kedua ku kini bersama team koir kebangsaan kemerdekaan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

baru bangun tido

baru bangun tido

Ini merupakan hari kedua saya berada di Putrajaya bersama 2300 peserta koir yang lain.. mcm biasa, bangun jam 6.00 pagi dan bersiap untuk solat dan senaman pagi bersama-sama institut perguruan se-malaysia yang lain. Hari yang indah untuk kita lakukan latihan ni.. Cube tgk muka kat sebelah ni… hah.. ni muke baru bangun tido.. hek hek :)

Jom… petang kami ke dataran merdeka, tempat latihan kami dan berlangsungnya majlis gilang gemilang kami di sini.. Memang seronok (hari pertama lah kan) hehe ;)

Kami di perkenalkan dengan Pak Ngah Production, dimana di sini Pak Ngah sebagai ketua dan di bantu oleh pekerjanya dari Pak Ngah Production.

Memang agak seronok bila dapat tengok muka Pak Ngah secara ‘live’. Mana tak nya, selalu tengok dalam TV

Dataran Merdeka

Dataran Merdeka

je kan? hurm…

Petang nya, jam 6.00 petang kami pulang semula ke Putrajaya.. Agak memenatkan bagi saya.. Life must go on!

Pada malamnya, berlangsung lagi taklimat untuk perjalanan hari esok. kami dikehendaki bangun pagi jam 4 pagi!! What!! kami terpaksa, kerana jika kami lambat keluar dari Putrajaya, maka kami akan tersangkut dengan traffic jam yang ‘menggila’ di Kuala Lumpur.. Dah lah kawasan kami ni line maxis takde.. huhuu.

Ok lah, saya kena tido awal ni.. sebab esok jam 4 pagi kami kena bangkit berjuang!! :)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Apa khabar anda semua? sihat tak? ha.. hari ni saya nak berseloroh tentang merdeka ni.. haha :)

Untuk pengetahuan semua, pada hari ini, 25 Ogos 2008, saya bersama-sama rakan-rakan dari Institut Perguruan Raja Melewar akan pergi menyertai koir peringkat kebangsaan… Wah! macam best jek! ;)

Kami seramai 140 orang dengan menaiki bas institut sebanyak 3 bas (2 bas air cond & 1 bas TATA). sape tau bas TATA?? ha.. cari sendiri k.

Sebelum bertolak, kami di beri taklimat oleh pensyarah pengiring iaitu En.Rahim. Kami diberikan taklimat ringkas selama setangah jam. Kami bertolak ke Putrajaya  (kediaman sementara bagi 2300 peserta koir kebangsaan) jam 10.30 pagi. Tetapi malangnya, perjalanan yang hanya mengambil masa sejam dah menjadi 2 jam setengah kerana kami tersangkut dengan traffic jam! apaka daya :(

Akhirnya, kami sampai juga di Putrajaya jam 12.30. Kami diberikan tempat tinggal.. Memang masyuk!

Ok lah, sampai di sini saja, esok saya akan sambung lagi. wasalam…..