Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Kali ini sekali lagi saya akan cuba menulis mengenai topik skim cepat kaya yang mana saya berpendapat skim-skim ini akan terus wujud jika sebab-sebab yang akan dihuraikan ini tidak diambil berat oleh anda semua.
Janganlah anda menjadi seperti seorang makcik Mila (bukan nama sebenar) yang kini terpaksa menyara 9 orang anak (selepas bercerai) dengan menjual surat khabar lama. Kisah makcik Mila ini perlu didedahkan kepada anda semua, supaya dapat memberi pengajaran berguna bertapa buruknya jika kita mempunyai sikap tamak dan rakus untuk mengaut kekayaan. Asalnya, makcik Mila bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan (ketika itu belum ada pengumuman mengenai kenaikkan gaji kakitangan kerajaan).
Pada masa itu, makcik Mila mempunyai bebanan tanggungjawab untuk menguruskan suami dan anak-anak. Pendapatan isi rumah pula ketika itu sekadar cukup-cukup makan sahaja. Yalah, mana mungkin makcik Mila mampu hidup senang jika tinggal di bandar yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. 8 orang anak pula telah pun memasuki alam persekolahan dan pengajian. Setakat tinggal dirumah teres 3 bilik, membuatkan makcik Mila mengambil keputusan untuk mencari pendapatan tambahan.
Seorang kenalan suami telah memperkenalkan peluang menjana pendapatan mudah dan boleh memberikan kesenangan kepada makcik Mila sekeluarga. Setelah diterangkan secara mendalam mengenai peluang ini, akhirnya makcik Mila mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM30k untuk pelaburan jangka pendek. Malah dia mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja selepas berkira-kira pendapatan yang akan dia perolehi setiap bulan kelak.
Kononnya keputusan bijak beliau itu adalah yang terbaik setelah melihat kejayaan kenalan suaminya tetapi rupa-rupanya dia telah menjeratkan dirinya kepada kesusahan apabila tidak sampai seminggu fatwa dikeluarkan dan skim pelaburan yang konon akan memberi pulangan lumayan kepadanya terhenti operasi.
Alangkah sadisnya. Suami pula dicekup kerana kes rasuah dipejabat (bukan kes pelaburan haram) dan dipendekkan cerita, mereka berdua bercerai setelah pertengkaran dahsyat terjadi. Kini dengan menjual surat khabar, anda bayangkan betapa peritnya kehidupan makcik Mila ketika ini.
Mungkin kisah ini adalah antara coretan memori luka ramai diluar sana yang terpedaya dengan peluang menjana pendapatan di internet. Inilah yang berlaku apabila kita mengambil mudah dengan beranggap mencari duit itu adalah seperti mengopek kulit kacang dengan sebelah jari.
Download ebook percuma ini yang memaparkan 10 tips mudah nak buat bisnes di internet. Anda boleh jual semula ebook ini dan ambil keuntungannya untuk diri sendiri asalkan tidak ubah isi kandungan ebook ini.

Pernahkah ayat tersebut terlintas di fikiran anda? Saya pasti.. ramai yang mengalami situasi seperti di atas. Anda seronok melihat orang lain menjalankan perniagaan di internet.. mendengar orang itu.. orang ini.. mendapat wang berganda-ganda dengan mudah hasil perniagaan internet yang mereka jalankan. Tengok orang tu.. jadi jutawan dengan hanya jual peta secara online.. tengok orang nie.. dapat ribu-ribu dengan hanya duduk depan komputer.. waaaahh.. anda teruja.. teringin untuk melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan.
Ada sesetengah yang tidak sabar
tinggal di rumah banglo, memiliki kereta mewah, mempunyai wang yang banyak untuk hidup selesa dan kegunaan untuk kecemasan serta berbagai-bagai lagi. Bahkan orang yang hilang akal sekalipun setidak-tidaknya pernah mengimpikan untuk tidur dan makan dengan selesa.