July 2007 Archives

Petikan dari : 40 Panduan Bisnes

 

 

 

 

 

 

Mungkin kita biasa mendengar 1 atau 2 peratus sahaja surat yang anda kirimkan

anda mendapat pesanan, iaitu setiap 100 pucuk surat yang anda poskan, anda

hanya mendapat 1 atau 2 sahaja pesanan. Sudah tentunya ini amat membazirkan

wang membeli setem, sampul surat dan senarai nama. Di sini saya akan

dedahkan rahsia dalaman bagaimana anda boleh meningkatkan kadar

respon terhadap surat jualan yang anda poskan.

Seorang sahabat saya merintih kerana selepas beliau mengepos beribu surat yang

mengandungi brosur yang berwarni-warni, lengkap dengan gambar yang

berkilau, tetapi beliau mendapat kosong pesanan!

Jadi ramai yang mengatakan bahawa bisnes gayapos tidak akan berjaya dan

merugikan. Jadi apakah masalah disebaliknya?

Anda tentu maklum bisnes gayapos apabila tidak dilakukan dengan betul sudah

pasti satu pembaziran wang yang merugikan. Tetapi jika ia dilakukan dengan

betul anda boleh menjangkakan keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebab

itulah anda perlu menjadi ahli MegaStrategis – Sungguh Berkesan!

Bisnes gayapos boleh menjadi satu bisnes yang boleh diramal keputusannya dan

sungguh konsisten dalam menambah bilangan pelanggan anda, tetapi masih

banyak bisnes yang masih gagal mengambil peluang sepenuhnya kerana mereka

tidak mengetahui rahsia dalaman yang disimpan rapi ini.

Dengan menggunakan 7 rahsia ini, surat jualan anda selepas ini pastinya berjaya!

Menarik? Klik sini untuk download

Ebook ini hasil daripada saudara Fadzlie :)

p/s: Sumbangan ebook berguna daripada anda diperlukan. email ke admin@mohdhilmi.com


KELEBIHAN BULAN REJAB

Assalam, dan selamat sejahtera. Apa khabar? :) Post pada hati ini berlainan sedikit. Alhamdulilah, sudah masuk bulan Rejab, bulan mulia dalam Islam :) . Mari sama-sama kita membaca tazkirah di bawah.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36: Tafsirannya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Ahli Jumaat sekalian,

Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara Jamadilakhir dan Syaaban.

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Tafsirannya: “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat: Berdoa : Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut: Maksudnya: “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
Tafsirannya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya


Ke hadapan peminat dan ahli blog Mohd Hilmi yang dihormati,

Sukacita untuk dimaklumkan bahawa aktiviti pembaikian dan
 pengemaskinian yang telah dilakukan oleh pihak datacenter sehingga menyebabkan
 server terpaksa ditutup sepanjang hari Sabtu telah pun selesai hari ini dan
 server sudah boleh diakses semula. Akaun web anda boleh digunakan
 seperti biasa.

Kami amat berterima kasih di atas kesabaran pihak anda sepanjang proses
 penyelenggaraan dibuat oleh pihak datacenter dan sebarang kesulitan
 yang anda hadapi amat kami kesali. Namun pengemaskinian tersebut akan
 memastikan kelancaran sistem elektrik di dalam datacenter disamping
 perkara-perkara lain yang dikemaskini seperti yang diberitahu di dalam email
 sebelum ini.

Terima kasih



     Assalam dan selamat sejahtera, pada hari ini saya akan membawa kamu semua mengenali dengan lebih dekat dgn Jutawan Internet Dunia. Masih ramai yang belum mengenali mereka, disebalik kehebatan Yahoo,Google,YouTube dan macam-macam lagi adalah dibawah keupayaan mereka. saksikan. :) Eric Schmidt, Larry Page dan Sergey Brin, Eksekutif Google
Enjin carian yang paling ramai trafiknya di Internet. Projek kecil-kecilan Sergey Brin dan Larry Page yang berasal dari Stanford ini berkembang menjadi sebuah gedung Web yang paling popular didunia. Schmidt meninggalkan Novell untuk bergabung dengan Google pada tahun 2001 dan terus menjadi CEO syarikat tersebut. Dengan mendominasi dunia pengiklanan online, Google membeli YouTube menandakan langkah besar terhadap dominasi menyeluruh Google dalam bisnes Web.

Chad Hurley and Steve Chen of YouTube

Chad Hurley dan Steve Chen, Founder YouTube
Walaupun Google menguasai perniagaannya, founder YouTube, Chad Hurley (CEO) dan Steve Chen (CTO) menguruskan semua hal agar ianya mampu direalisasikan. Tokoh video Internet ini memperkenalkan rencana pembayaran user atas video dan syarikat ini juga menandatangani beberapa kontrak bersama media-media besar seperti MTV, NBC, Warner Music, dll).

Jerry Yang, Co-founder and Chief Director Yahoo! Inc

Jerry Yang, David Filo dan Terry Semel, Kumpulan Eksekutif Yahoo
Inovasi produk Google dan pembelian YouTube dengan harga USD 1,65 juta mungkin mengendahkan Yahoo dari kalangan jutaan pengguna internet, tetapi gergasi Web tersebut dipimpin oleh founder Jerry Yang dan David Filo serta CEO Terry Semel yang melancarkan serangan balik. Dua tahun lalu, Yahoo mengambil alih laman web photo-sharing Flickr dan laman web bookmark sosial Del.icio.us. Syarikat ini juga meneruskan aksinya dengan perlancaran aset terbaru seperti Yahoo Food dan Yahoo Pipes (untuk pembuatan custom data feed). Pergeseran Yahoo ke platform iklan Panama mewakili usaha lain menarik pendapatan iklan yang telah dikuasai Google.

Mike Schroepfer, Vice President Mozilla Corp.

Mike Schroepfer, Vice president of engineering Mozilla
Dalam kehangatan perang browser, Mike Schroepfer orang penting dalam memperkenalkan Web browser terbaik di dunia, Firefox. Lingkungan open-source Firefox memungkinkan kitaran pengembangan yang lebih cepat untuk pengintegrasian feature baru. Verifikasi kejayaannya adalah adaptasi Internet Explorer 7 terhadap feature FireFox seperti tabbed browsing.

Meg Whitman, CEO ebay Inc.

Meg Whitman, CEO eBay
Selain menjadi CEO ebay, beliau juga menjadi bos sistem pembayaran online Web terbesar, PayPal, dan bangga terhadap kepemilikan terbarunya atas sistem VoIP paling terkenal, Skype.

Niklas Zennstrom, CEO Skype

Niklas Zennstrom dan Janus Friis, Founder Skype dan KaZaA
Niklas Zennstrom dan Janus Friis seperti tidak dapat berhenti daripadi membuat inovasi. Pertama mereka membuat jaringan distribution file peer-to-peer, KaZaA. Lantas mereka meningkatkan usaha dengan membuat software VoIP yang sangat terkenal, Skype. Setelah menjual Skype kepada eBay berharga USD 2,6 juta, pasangan ini kembali memperkenalkan Joost (awalnya bernama “The Venice Project”), sebuah layanan distribution video P2P yang saat ini masih dalam bentuk beta.

Matt Mullenweg, WordPress

Matt Mullenweg, Developer software dan laman blogging WordPress
Matt Mullenweg tidak suka membeli minuman beralkohol, tetapi penggila open source berusia 22 tahun ini berhasil mengembangkan WordPress, software publikasi open source yang disukai oleh peminat blogging di seluruh dunia. Pada 2004, WordPress sudah cukup terkenal. Mullenweg mengundurkan diri pada 2005, meninggalkan tawaran untuk bekerja penuh buat WordPress, yang dewasa ini lebih menyerupai content-management system, dengan berbagai template, widget dan plugin serta perlindungan antispam Askismet.

Jeff Bezos, CEO Amazon

Jeff Bezos, CEO Amazon
Beliau mungkin memperkenalkan Amazon.com dengan tujuan pengembangan laman web tersebut menjadi gedung buku online terbesar, tetapi Bezos menunjukkan bahawa bisnes buku dan CD di seluruh negara itu hanyalah langkah pertama. Berikutnya, beliau menambah barangan permainan. Dan saat ini, Amazon boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ebay.


Assalam dan selamat sejahtera. Pada hari ini, saya akan mengajar anda cara-cara untuk menggunakan Dreamweaver (perisian membina laman web). Cukup mudah!! :)

Dengan menggunakan Timeline di dalam Dreamweaver kita boleh membuat satu animasi. Di dalam tutorial kali ini kita akan membuat satu animasi mudah seperti di bawah.

Langkah Pertama
1. Simpankan fail dengan nama time.htm

2. Simpan (save) imej di bawah dengan nama baby1.

3. Masukkan imej tersebut ke dalam Layer.
Di menu bar, pilih Modify dan seterusnya pilih Timeline dan klik Add Object to Timeline.

Langkah 2
Kotak dialog seperti di bawah akan muncul.

Rajah 1

Langkah 3

Klik dan heret tag Layer ke frame 1. Lihat bulatan merah bernombor 1 di rajah 2.

Rajah 2

Klik pada frame 15 (lihat pada bulatan merah bernombor 2 di rajah 2).
Klik dan heret tag layer yang berimej ke lokasi yang baru. Pastikan ada garisan apabila layer tersebut di ubah lokasi yang baru.
Sila lihat rajah 3


Rajah 3

a. Aktifkan ruangan Autoplay untuk memainkan animasi secara auto.
b. Aktifkan juga ruangan Loop jika ingin animasi dimainkan secara berterusan.

Klik save dan tekan kekunci F12 untuk melihat hasilnya di browser.

p/s: Terima kasih kepada myschoolnet kerana memberi panduan ini


Assalam..
Hari ni saya ke Melaka dengan keluarga. Tapi saya rasa tak tenang kalau tak dapat update blog ni.

Semasa tolong tengok adik saya packing pakaian semalam, saya teringat satu trick yang membolehkan kita membuka beg tanpa menggunakan zip andai kata zip rosak ataupun kita terhilangkan kunci mangga zip tersebut. Bukan boleh buka je. Kita boleh tutup balik beg tu tanpa merosakkan zip. Trick yang mudah dan murah ;) Saksikan video tersebut.

p/s: Jgn bagitahu geng2 terdekat kita, bukan apa, kang2 beng kita kena pecah masuk, Hehehe. :)

p/s/s: Saya sebab selalu ke Camping pengakap, so banyah trick-trick mcm ni yang saya tahu, maklumlah saya ni bab2 kunci mmg selalu lupa.



DON’T WORRY IF YOU LOST YOUR KEY.. – video powered by MohdHilmi.com