Assalam.. Selamat sejahtera. Apa khabar? Harap sihat walafiat,
Pada hari ini, saya akan berkongsi maklumat dengan pembaca semua iaitu teknik BOOKMARK.
Keunikan teknologi Web 2.0 turut menyumbang kepada ‘kelahiran’ khidmat berasaskan web yang dinamik, seperti penandaan sosial (social bookmarking). Khidmat ini memberikan peluang kepada pengguna untuk bekerjasama dalam mencari, menghimpun dan berkongsi maklumat, dengan cara mudah menerusi internet. Aktiviti ini lazimnya melibatkan penandaan (bookmark) laman web/blog yang ditemui, untuk dikumpulkan dalam khidmat web yang anda pilih. Koleksinya boleh diakses semula dan dikongsi menerusi suapan RSS.
Penandaan dibuat dengan bantuan alat penanda, biasanya dinamakan “bookmarklet†dan “widgetâ€. Alat ini lazimnya berupa kod JavaScript yang disimpan sebagai URL dalam bookmark pelayar web atau disimpan dalam pautan (link) laman web. Elemen alat ini lazimnya berbentuk butang, kekunci pintasan, ruang input, atau senarai menu. Jadi, anda boleh menanda laman web dengan mengklik pada elemen yang disediakan. Ia akan mengambil data tertentu laman web (seperti pautan dan tajuk) untuk dimuatkan ke dalam akaun anda.
Ketika ini, sekurang-kurangnya ada 10 khidmat penandaan sosial dan jumlahnya diramal bertambah hingga ke tahap tepu. Terpulang kepada anda untuk memilih khidmat yang sesuai. Mungkin anda perlukan sedikit masa untuk menilai ciri-ciri yang ditawarkanya, sekali gus memastikan samada ia memenuhi keperluan dan cita rasa anda atau tidak. Berikut, disenaraikan beberapa khidmat yang boleh dicuba dan keterangan ringkas mengenai cirinya. Kebanyakannya mempunyai persamaan meskipun ada juga yang menampilkan kelainan.
Khidmat penandaan sosial yang popular
1. Del.icio.us (http://del.icio.us): boleh dianggap paling popular malah ramai penggunanya menyumbang dalam pengumpulan maklumat mengikut kategori. Selepas mendaftar, anda boleh menanda laman web melalui butang penanda yang disediakan atau mengklik butang yang dipasang pada pelayar web anda. Contohnya, apabila hendak melabel sesebuah laman web, anda boleh mengklik butang del.icio.us pada pelayar web agar laman itu ditambah ke dalam akaun del.icio.us anda. Menerusi label (tags) berkaitan yang anda berikan, pengguna lain boleh mencari bookmark yang anda simpan itu dengan lebih mudah.
 |
2. Stumble Upon (http://www.stumbleupon.com/): menawarkan pendekatan inovatif seperti menyediakan saluran melayari internet mengikut cita rasa pengguna, seperti saluran menonton TV internet. Semasa mendaftar, anda perlu menentukan kategori tapak web yang diminati dan ia akan menyediakan butang pada pelayar web. Butang ini boleh membawa anda ke tapak web cadangan (berdasarkan pilihan anda) dan tapak web yang diminati boleh dikelaskan untuk disimpan. Melalui toolbar disediakan, anda boleh membaca komen orang lain, membuat carian berdasarkan tags dan berkongsi laman web dengan rakan.
 |
3. Magnolia (http://ma.gnolia.com/): sesuai untuk kumpulan dan komuniti yang meminati bidang tertentu yang turut diminati pengguna lain. Ia menyediakan sistem penarafan, mampu menyimpan bookmark awam atau persendirian dan boleh menyimpan laman web agar sentiasa boleh diakses (meskipun sudah luput). Selain ciri dan visual menarik, butangnya (dipanggil bookmarklet) boleh dipasang pada pelayar web. Khidmat untuk komuniti ini membabitkan banyak penandaan atau pertukaran bookmark menerusi tapak web ahlinya. Selain bookmarklet tadi, penandaan boleh dibuat menerusi widget pada laman web.
 |
4. Digg (http://digg.com/): khidmat ini lebih memfokus kepada komuniti dan tapak webnya. Laman web yang ditanda akan dihantar ke tapak web ini dan boleh diundi jika ia diminati. Jika laman web yang ditanda mendapat banyak undian, maka lebih banyak liputan akan diperolehi sekali gus meletakkannya pada ranking teratas. Apabila anda menanda sesebuah laman web, ia hanya memasukkan URL laman web yang dipilih bersama catatan dan menanti komen daripada komunitinya. Ada juga boleh menanda sesebuah laman web menerusi fungsi widget (berlabel “Digg this”), yang terdapat pada laman tersebut.
 |
5. Simpy (http://www.simpy.com/): menyediakan fungsi carian melalui teks dalam catatan bookmark dan kandungan laman web. Ia mampu memuat naik bookmark berasaskan web, diseragam dengan khidmat del.icio.us, dan boleh menerbitkan bookmark menggunakan RSS. Butang bookmarklet untuk pelayar web juga disediakan untuk memudahkan laman web ditanda. Ia turut menyediakan toolbar carian, alat membuat catatan, butang penayang sejarah laman web dikunjungi dan alat carian untuk catatan. Selain itu, ia boleh mencari kandungan laman web ditanda atau dalam catatan yang dihubungkan kepadanya.
 |
6. BlogMarks (http://blogmarks.net/): menawarkan kemudahan untuk mengintegrasi bookmark dengan blog menerusi pemuka ”BlogSync”. Selain fungsi ini, ia menyediakan keupayaan membuat bookmark pilihan anda dan bookmark yang diurus menerusi tags. Bookmark juga mampu diimport atau dieksport daripada atau kepada del.icio.us. Anda boleh menggunakan butang bookmarklet yang disediakan agar anda boleh menghantar tags dan butiran laman web yang dilawati. Selain itu, anda boleh menggunakan atau mengklik pada butangnya yang terdapat atau disediakan pada laman web yang hendak ditanda itu.
 |
7. Reddit (http://reddit.com/): khidmat yang memfokus kepada perkongsian berita, dan menyerupai Digg ini menggunakan butang penanda pada tapak web bukannya butang bookmarklet. Bookmark sesebuah laman yang ditanda ini boleh diundi atau ditolak pengguna lain. Ini sekali gus menyebabkan ratingnya akan naik atau turun. Ia cuba mempelajari cita rasa pengguna yang banyak menggunakannya, membuat saranan peribadi terhadap sesuatu bookmark, berasaskan kepada respon anda sebelumnya. Penandaan boleh dibuat melalui tapak webnya atau melalui butang (widget) Reddit yang terdapat pada laman web.
 |
8. Furl (http://www.furl.net): mampu menyimpan salinan laman web yang ditemui untuk dilawati semula dengan serta merta selepas mencari dalam arkibnya. Anda juga boleh mencari laman-laman web dalam simpanan orang lain selain mengesyorkan laman web baru yang mungkin diminati. Ia membolehkan anda menambah bookmark dari laman web berkenaan atau menerusi butang bookmarket pada pelayar web. Laman web yang ditanda itu akan disimpan ke dalam arkib peribadi anda. Ia turut mencadangkan laman-laman web yang mungkin anda minati dan boleh melakukan carian dalam arkib pengguna lain.
 |
9. Spurl (http://www.spurl.net/): memiliki beberapa ciri seperti pesaingnya dan menyokong lebih banyak pelayar web, termasuklah Safari untuk Mac. Anda boleh mengarkib laman yang dilawati, mengeksport senarai bookmark untuk dikongsi, dan boleh membuat carian menyeluruh dalam bookmark dan laman web yang ditanda. Anda boleh menanda laman web menggunakan butang Spurl Bar pada pelayar web, seperti panel History pada Firefox. Ia juga menawarkan ciri menyeluruh untuk mengakses kepada lima kategori bookmarknya – yang disarankan, peribadi, terkini, popular dan yang paling kerap digunakan.
 |
10. Linkroll (http://www.linkroll.com): selain ciri untuk menanda bookmark, ia boleh memberikan ulasan dan mengkategori bookmark. Anda boleh membina koleksi bookmark dan mengakses menerusi suapan RSS atau JavaScript (boleh dikongsi di tapak web). Ia juga menyediakan ciri yang membolehkan anda mencipta saluran podcast peribadi dan boleh menambah pautan kepada fail media dalam pos khidmat ini. Ia juga menggunakan sistem bookmarklet standard bagi melabel laman web. Selain itu, anda boleh melanggan kategori bookmark yang dikemaskini secara tetap dan boleh diakses melalui pembaca RSS.
 |
11. Shadows (http://www.shadows.com/): selain menawarkan ciri-ciri seperti khidmat lain, ia juga mampu membina laman bayangan. Sesiapa sahaja boleh mengakses laman bayangan ini menggunakan toolbar Shadows, yang menjadi saluran simpanan laman web anda. Jadi, anda boleh melihat semua catatan dan metadata yang ditinggalkan pengguna lain pada laman bayangan ini. Fungsi ini menjadikan khidmat Shadows lain dari yang lain. Toolbar yang disediakan membolehkan anda menokok bookmark melalui bookmarklet dan mengakses laman bayangan yang dinyatakan tadi menerusi mana-mana laman web.