June 2007 Archives

Assalam.. selamat bertemu kembali. Huhu!! Esok dah sekolah, mula lah saya sekolah.. Update blog tetap. :) Hah, pada hari ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai Intenet Scam. Apa tu? Intenet scam ialah penipuan yang berleluasa di internet sekarang.. Program ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan! saya sendiri pernah tertipu<<< :) pada masa ni umur saya 13 tahun.. tak tahu pape.. Tapi bg anda yang nak tahu lebih lanjut boleh download e-book ciptaan Shamsuriadi.

Saya lepas baca e-book ni baru saya ketawa, heheh.. Rupanya aku dulu tertipu. Tapi sekarang tak lagi.. Antara Intenet Scam ialah Program Paid To Click, Paid To Read, HYIP dan macam-macam lg.

Nak tahu lebih lanjt? Download Ebook PERCUMA di sini


Assalam.. Berjumpa kembali kita.. Ada satu perkara saya nak beritahu, tapi sebelum tu. tgk sebelah kanan ni >>>> nampak tak?? ada Tulis “Web ini dalam pertandingan SEO”. Ya!! Web mohdhilmi.com sedang bertanding untuk keyword “Cari duit” di google search engine. Bukan wang yang kami kejar, tapi keupayaan kami untuk meningkatkan page rank di internet. Dalam masa satu bulan, kami diberi masa untuk jadi top ten dalam keyword cari duit.

Ya! Dalam masa ini, kami akan berusaha untuk meningkatkan keyword Cari duit untuk link ke sini. Susah?? Saya lebih sukakan persaingan sihat, bukan duit yang saya kejar (kali kedua saya ulang) :) Kami akan menunjukkan keupayaan masing2. Marilah kita tengok webmaster manayang “Hebat Antara Yang Hebat”

Ye, pada hari ini, saya akan bawakan satu tips penting (memetik kata-kata) dari saudara jutawan internet Irfan Khairi:

mingguan.jpg

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.

Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan ;)

p/s: Terima kasih Dr. Irfan >> baca tadi? Memberi barang sedekah (PERCUMA < lebih glamor di intermet) adalah amat menguntungkan, bukan merugikan..


Assalam.. Saya ada pemberitahuan penting!! Rahsia Amirol terbongkar!

Post pada kali ini, saya ingin menekankan tentang “newbie” yang masih dalam perniagaan internet. Pada mulanya, saya terfikir, kenapa mahal sangat kos buat web? kenapa tak ada yang murah?Telah mula terdetik di hati saya untuk jadi webmaster.. saya belajar,belajar… belajar… akhirnya saya terjumpa satu laman web yang mengajar cara buat web dalam masa yang singkat!! lalu saya pun mencubanya, FuYOOh! saya berjaya siapkan website saya yang pertama dengan jayanya, akhirnya sehingga sekarang sudah banyak saya buat web perniagaan mahupun persendirian..

Nak tahu kat mana saya belajar?? Jeng-Jeng-Jeng!! Ini dia!

Pakej Web Jualan

Klik sahaja gambar diatas, anda akan dibawa ke web berkenaan.. saya cuma sekadar berkongsi ilmu, tetapi percayalah, untuk berjaya memerlukan usaha yang gigih dan konsisiten.. Bukan semua orang dapat senang. “nak senang memang sesuah, tetapi nak susah memang senang”  apa yang dapat saya katakan tentang kit di atas ialah, mmg bagus, anda wajib dapatkannya!! klik gambar dia atas untuk menjadi webmaster!


Assalam.. Ramai yang bertanya kepada saya “Hilmi, mcm mana web ko boleh PR tinggi?? Ko pasang apa?” Hah!! Banyak cara nya, salah satu ialah, kita pasang link web kita kepada web lain (tukar link). Cara yang lain ialah, kita banyakkan letak komen yang membina dalam web/blog oarang lain (pastikan komen membangun) Elakkan SPAM!!! SPAM hanya akan menjatuhkan maruah kita di Dunia Internet.

>> Tgk bawah,saya beri anda e-book percuma hasil nukilan saudara Am. Terima Kasih kepada beliau. :)

Untuk pengetahuan pembaca blog saya, saudara Am (Azham Zanal) baru sahaja mengeluarkan report rahsia bagaimana menambah trafik secara percuma. Ebook ini akan mambantu anda meningkatkan lagi trafik dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan anda sama ada melalui google adsense, pengiklanan atau pun produk yang di jualan di laman web anda.

Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan report ini. Jadi apa tunggu lagi. Muat turun ebook sekarang.


Salam Sejahtera,

Saya tertarik untuk mengulas email yang saya terima dari Dr Joe Vitale. Beliau banyak menerima soalan mengenai nilai dan prospek menjual ebook di internet. Bukan hanya di pasaran antarabangsa, kita di Malaysia pun, gelombang orang menulis dan menjual ebook telah bermula beberapa tahun lepas tahun. Tahun ini pula, tidak kurang 6 pelancaran ebook telah saya lihat di internet di Malaysia.

Mengikut Dr Joe, beliau tetap merasakan ebook mempunyai prospek yang baik untuk dihasilkan dan dijual diinternet. Alasannya mudah, ebook mempunyai kandungan yang menyelesaikan masalah orang lain. Bahkan Dr Joe Vitale sendiri telah melakukannya (menulis ebook dengan matlamat menyelesaikan masalah orang lain) lebih 10 tahun yang lepas!

Ternyata, permintaan terhadap ebook tetap ada. Boleh disimpulkan, orang akan tetap membayar untuk ebook untuk mendapatkan kandungan ebook tersebut yang boleh menyelesaikan masalah. Atas sebab ini orang akan terus membeli ebook. Yang istimewanya tentang ebook ini, dengan menghasilkan ebook, merupakan cara tercepat dan termudah untuk memperolehi wang dari internet.

Berbeza dengan menulis buku bercetak, menghasilkan ebook tidak memerlukan anda menjadi seorang penulis berbunga-bunga untuk menulis, anda tidak perlu menulis terlalu teknikal seperti dokumen tender, anda tidak perlu membuang masa yang terlalu lama untuk menghasilkan ebook (buku bercetak mengambil masa 2-4 bulan untuk diterbitkan), dan anda tidak perlu menjadi seorang yang popular untuk membolehkan buku anda terjual.

Yang penting, menurut Dr Joe Vitale, adalah win-win situation. Sekiranya ebook anda menyelesaikan masalah orang lain, dan orang lain dengan rela hati membeli ‘penyelesaian’ anda, ebook akan lebih popular dari buku cetakan! Mungkin di Malaysia topik ebook masih lagi berlegar tentang topik internet marketing, tetapi tidak bermakna topik lain tidak popular. Terlalu luas bidang yang boleh diterjemahkan ke dalam bentuk ebook yang mempunyai permintaan dari pasaran Malaysia. Setakat harga ebook sekitar RM20 ke RM50, orang Malaysia sanggup membayarnya asalkan masalah mereka selesai.

<< gambar diatas ialah free ebook untuk petua iklan di internet. Ramai yang nak berjaya d internet, tapi tiada PROMOSI!! Iklan adalah satu cara promosi. Klik sini untuk download

p/s: nantikan blog seterusnya, saya akan membongkar Rahsia Kejayaan Amirol!!


Assalam.. Alhamdulliah, akhirnya sampai juga ke kg halaman.. tgk kat sebelah tu, gambar saya kat kilang Boh Tea. Seronok jugak dapat tgk kilangnyer, asyik minum teh jer, nak jugak tgk kilang :) heheh.

Cameron ada kemalangan?? betul, saya nampak sendiri, malah ada kat tempat kejadian. Ramai sedara call, maklumlah yang excident tu rombongan Muar, saya pun Muar.

Mari baca sebahagian petikan akhbar berita harian jap. :)

CAMERON HIGHLANDS: Sebatang pokok menyelamatkan 20 penumpang sebuah bas daripada kecederaan teruk atau mungkin maut, apabila kenderaan itu terhumban ke gaung sedalam kira-kira 20 meter ketika berhenti di Kilometer 39, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, hanya tiga penumpang wanita berusia 20-an cedera ringan dan dirawat di Hospital Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata semua penumpang terbabit bernasib baik kerana bas itu mungkin terhumban lebih jauh kira-kira 100 meter ke dalam gaung jika tidak tersangkut pada pokok berkenaan.

BERI BANTUAN: Kerja
menaikkan bas yang
terhumban di Kilometer
39, Jalan Tapah-Cameron
Highlands, semalam.

ABas itu, yang membawa rombongan 45 orang singgah di sebuah gerai Orang Asli di Puncak Padang Kampung Batu 24, Ringlet untuk memberi peluang kepada mereka membeli cendera mata dan hasil hutan. Pemandu dan kira-kira separuh penumpang turun, manakala bakinya berada dalam bas.

“Secara tiba-tiba, bas yang enjinnya masih dihidupkan itu menggelungsur dan merempuh papan tanda di hadapannya sebelum menjunam ke dalam gaung,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Roslan berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada brek tangan yang kurang berfungsi atau pemandu tidak menarik brek itu secara sempurna. Pemandu bas berusia 50 tahun itu tidak ditahan tetapi disaman kerana cuai.