logo-iprm

Bulan Rejab 1430, menyaksikan pelancaran Buletin sulung Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI), IPGM Kampus Raja Melewar.

Alhamdulillah, sempurna sudah pelancaran buletin PGPI yang diberi nama Halawatul Iman (Kemanisan Iman), pelancaran telah disempurnakan oleh Ust. Malek, Ketua Jabatan JAPIM dan Ust.Muhsinul  sebagai penasihat PGPI.

Pelancaran buletin ini di harap menjadi pemangkin kepada edisi-edisi seterusnya Halawatul Iman melalui Lajnah Penerbitan & Publisiti. Saya selaku ketua Lajnah, saya mengucapkan terima kasih, syukran! kepada semua ahli-ahli yang banyak membantu dalam menyiapkan buletin sulung ini.

Untuk buletin ini akan dicetak sebanyak 400 salinan untuk edaran dalam IPGM Kampus Raja Melewar sahaja, dan edaran digital dalam format pdf juga akan disediakan.

Salinan kali ini, anda boleh muatturun melalui link ini, Halawatul Iman- Edisi Rejab

p/s: Terima kasih juga kepada sifu Page Maker saya, Lukman, PISMP pra sekolah yang mengajar saya menggunakan software ini, memang hebat! dah rasa macam ketua editor dah rasanya. Banyak lagi saya perlu belajar.

Related Posts with Thumbnails

Tags: