[WTO] kepada designer wordpress theme!

[WTO] kepada designer wordpress theme, saya sedang mencari theme baru untuk personal blog saya, www.mohdhilmi.com, jika anda ada theme utk saya, ganjaran menanti anda!

Assalamualaikum.. salam sejahtera! nampak ayat di atas tu? saya ingin membuka ruang ini untuk sesiapa saja yang mempunyai wordpress theme untuk website ini.

Mengapa Tukar theme lain setelah 3 tahun menggunakannya?

  1. Azam baru, theme baru
  2. Theme ini sudah kurang sesuai dengan perkembangan zaman blogging.
  3. Saya mahukan theme yang lebih mesra pelawat dan juga SEO!
  4. Theme yang lebih menyegarkan mata memandang

Apa ganjarannya?

  1. 1 slot iklan selama saya menggunakan theme anda! (theme cantik memang lama orang guna)
  2. 1 post untuk sponsor akan diwujudkan, sponsor boleh mengiklan.

Keistimewaan ?

  1. website ini PR2 (terkini)
  2. pelawat yang konsisten :)

p/s: Jadi sesiapa yang nak offer saya theme wordpress , boleh hubungi saya di talian 0137048171 atau email ke mymhilmi@gmail.com

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Mohd Hilmi telah berazam untuk tahun depan!

lupakan kesedihan 2009, majukan diri ke satu tahap yang lebih tinggi.. convert sedih > kegembiraan.. kegagalan>kejayaan.. kejayaan>>lebih berjaya!! nantikan 2010!

Dah ada azam tahun baru tak? esok masuk tahun baru.. mesti pasang vision awal-awal supaya kita tak ketinggalan :)

Detik Meninggalkan tahun 2009 dan saat Menjelangnya tahun baru 2010. Pesta sana sini menyambut kehadiran tahun 2010.

Di Kuala Lumpur dan serata dunia menantikan saat yang sama iaitu 12.00am 01-01-2010. Pelbagai keramaian diadakan antaranya Pesta Bunga Api, Konsert Tahun Baru, juga terdapat juga bacaan ayat suci Al-Quran bagi menyambut tahun baru 2009 ini.

Ramai manusia berkumpul di tempat2 seperti Dataran Merdeka, Taman KLCC, juga disetiap Ibu negeri setiap Negeri di Malaysia. Masing2 menungu detik yang sama. kegembiraan yang sama. 2010 diharapkan adalah lebih baiklah hendaknya dari 2009. Insyaallah.

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Part Time dengan Hj Zul

Alhamdulillah, saya baru saja balik dari Seremban-Kuala Terengganu-Seremban. Part time dengan Hj Zul sebagai cameraman untuk filem dokumentari “lahirnya seorang jutawan”.. :) dapat berkenalan dengan Dr.Azif dari 4Life.

Macam-macam pengalaman baru yang aku dapat antaranya dapat belajar skill bermain-main dengan kamera SLR, bermain dengan kamera video (Lokman yang ajar).. dan yang paling teruja dapat melawat studio kartun, melihat bagaimana sesuatu animasi 3D dihasilkan.. susah woooo..

Alhamdulillah, Hj Zul dah offer aku jadi krew di StoryTeller Sdn.Bhd yang agak kukuh tulang belakangnya :) dan expertise in video marketing,camera, wedding photo, dll.. Lepas ni, tiap2 hujung minggu boleh lepak office Hj Zul. Part time. (Hj siap bagi kunci office lagi..)

Tinggal lagi 4 hari saja lagi untuk aku ke tahun baru 2010 :)

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Balik Bercuti !

Alhamdulillah, saya baru je sampai Tangkak,Johor. Baru je balik dari Kelantan selama 10 hari di sana. Berjalan-jalan tenangkan fikiran,release tension. :)

Macam-macam pengalaman dapat bila ke Kelantan..Shopping, ziarah, belajar, mcm2 ada :) Siap jumpe Kak Erma (classmate) lagi ! hehe.. alang-alang dah sampai, dia bagi makan manisan.. Ya Allah, memang manis-manis belaka. (makanan kelate memang manis) patutlah gewe-gewe kelate manis! :)

Sempat jugak join Kelab Riadah Kelantan (PS) selama seminggu. Alhamdulillah, dapat jumpa abang muhktar, En nawi, En Din, ramai lagi senior2 yang baik hati. :) Rindu Kelantan!

prana sakti kelantan

dari kanan :Abg.Muhktar, En Nawi, saya, En Din.

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Notis Offline + Bercuti Ke Kota Bharu

going offline

Salam sejahtera, saya ingin memberitahu rakan-rakan semua, bahawa saya akan offline bermula 5 Disember kerana bercuti bersama keluarga :)

5 Disember saya akan ke Genting Highland, dan pada 6 Disember saya akan terus ke Kota Bharu selama seminggu (atau lebih). Jadi buat rakan-rakan yang menghantar PM di forum-forum, email, support ticket , saya mohon maaf, kerana saya akan menjawab selepas tarikh tersebut (balik dari bercuti).

Harap Maklum.

p/s: doakan perjalanan kami diberkati :)

Sila Klik Sini bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark